Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Isteri Tak Sangka Hasrat Arwah Suami ‘Pergi’ Jadi Kenyataan, Tak Sempat Tahu Jantina Anak

“Baru minggu lepas, suami ada cakap hasratnya adalah mahu mati syahid seperti berjuang di Palestin. Tak sangka kata-kata itu menjadi kenyataan,” luah Nur Farah Aisyah Johari, 25, yang kehilangan suaminya dalam satu kemalangan tragis malam tadi.

Tak sangka hasrat suami jadi kenyataan

Menurut laporan Malaysia Gazette, suaminya Muhammad Haqimy Mohd Amin, 26, seorang anggota tentera berpangkat koperal yang bertugas di Kem Terendak, disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di muka dan kepala selepas motosikal ditunggangnya merempuh sebuah kereta di Jalan Tangga Batu.

hasrat

Foto: Malaysia Gazette

Menurut Farah Aisyah, dia mengetahui berita mengejutkan itu daripada abang iparnya ketika sedang menunggu kepulangan suami.

“Abang ipar telefon beritahu suami kemalangan dan meninggal dunia di tempat kejadian. Saya terus meraung, sukar terima kenyataan,” ujarnya.

Artikel lain: Pengantin Baharu Terkorban Dalam Kemalangan, Hasrat Ziarah Keluarga Mangsa Nahas UPSI Tidak Kesampaian

Tambahnya lagi, arwah keluar dari rumah semalam untuk menziarahi seorang rakan yang sedang sakit dan memberitahu akan pulang lewat.

“Sebelum keluar, kami sempat peluk dan cium seperti biasa. Tak sangka itulah pertemuan terakhir kami,” jelasnya.
hasrat

Foto: Malaysia Gazette

Lebih menyayat hati, pasangan itu sepatutnya menghadiri janji temu di klinik untuk menjalani imbasan kehamilan bagi mengetahui jantina anak kedua mereka yang kini berusia lima bulan dalam kandungan, tetapi hasrat tidak kesampaian.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit memaklumkan siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Sungai Udang menuju Tangga Batu.

Advertisement. Scroll to continue reading.
hasrat

Foto: Malaysia Gazette

“Sebaik tiba di lokasi, sebuah kereta jenis Proton Gen 2 yang dipandu lelaki berusia 31 tahun dari arah bertentangan membelok ke kanan secara tiba-tiba, menyebabkan mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan itu,” katanya.

Kes disiasati di baah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A Hamid)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd