Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Harga Minyak Global Meningkat, Kos Haji 1447H kekal RM33,300

Kos menunaikan haji bagi musim 1447H kekal pada RM33,300 walaupun harga minyak dunia menunjukkan peningkatan, susulan perjanjian sedia ada yang telah dimeterai bersama syarikat penerbangan.

Kos haji kekal RM33,300

Memetik laporan Kosmo, Pengarah Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji (TH), Mustakim Mohamad memaklumkan pihak pengurusan telah mengambil kira faktor tersebut melalui rundingan berpandukan kerangka perjanjian yang dimeterai dengan dua syarikat penerbangan, iaitu Malaysia Airlines dan Saudi Airlines.

Beliau menjelaskan, persetujuan yang dicapai membolehkan kesan kenaikan harga minyak terhadap kos penerbangan diuruskan tanpa menjejaskan kadar kos haji yang telah diumumkan bagi musim ini.

“Kita telah pun mengambil kira peningkatan harga minyak ini di dalam perjanjian sedia ada di mana perjanjian tersebut telah pun mengambil kira sebarang perubahan harga minyak yang akan memberi kesan kepada kos penerbangan.
“Ini (kenaikan kos) kita telah ambil kira, tapi kos haji untuk 1447H kekal pada RM33,300. Tabung Haji juga akan menyerap sebarang kenaikan kos yang terlibat,” katanya pada sidang akhbar Pengumuman Agihan Keuntungan Tabung Haji 2025, hari ini.

Dalam pada itu, Mustakim tidak menolak kemungkinan kos haji pada masa hadapan perlu dikaji semula sekiranya konflik di Asia Barat berlarutan dan memberi kesan berterusan kepada harga minyak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

“Jika konflik di Asia Barat ini berterusan untuk jangka masa yang panjang dan memberi kesan kepada harga minyak, kos haji di masa hadapan kemungkinan akan disemak semula. Ia amat bergantung kepada keadaan berapa lama situasi itu berpanjangan tetapi untuk tahun 1447H ia akan kekal pada RM33,300,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain berkata, perjanjian bersama kedua-dua syarikat penerbangan tersebut dimeterai untuk tempoh tiga tahun, sekali gus membolehkan kos dikawal dalam julat tertentu lebih awal.

Menurutnya, walaupun terdapat klausa yang membenarkan pelarasan sekiranya kos penerbangan melepasi paras ambang ditetapkan, langkah pengurusan berhemat yang dilaksanakan setakat ini berjaya menyerap kenaikan tersebut tanpa membebankan jemaah.

Artikel lain: Tabung Haji Difitnah, Timbalan Menteri Agama Minta Penyebar Segera Bertaubat

“Dalam perjanjian itu, kita telah ‘kunci’ harga dalam julat tertentu bagi keseluruhan kos. Memang ada yang memerlukan pelarasan kos penerbangan, tetapi seperti yang disebut, pengurusan berhemat telah mengambil kira perkara itu.
“Untuk tahun ini, jika ada peningkatan kos sekalipun, kita akan serap dan tidak akan memindahkannya kepada jemaah. Bagi jemaah, mereka dijamin tidak akan ada gangguan atau perubahan terhadap kos yang telah diumumka,” tambahnya lagi.

Sumber: Kosmo (Nurul Izzati Zaini)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd