Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Harga Diesel Melambung, 100 Syarikat Bas Persiaran Zon Utara Berisiko Gulung Tikar

Kira-kira 100 syarikat pengusaha bas persiaran di Zon Utara kini menghadapi risiko ‘gulung tikar’ susulan kenaikan harga diesel dan kos operasi, selain tempahan yang semakin menurun.

Harga diesel melambung

Memetik laporan Berita Harian, Pengerusi Gabungan Pengusaha Bas Persiaran Zon Utara, Ahmad Ruslan Abdul Latiff, berkata semua syarikat di bawah gabungan itu dari Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis terlibat dalam sektor pelancongan.

Beliau menjelaskan, ramai pengusaha sukar meneruskan perniagaan kerana harga diesel meningkat, manakala tempahan daripada agensi pelancongan, sekolah, institut pengajian tinggi (IPT) dan pelbagai organisasi semakin berkurangan.

“Sekarang harga diesel mencecah RM4.72 seliter dan tidak mustahil terus meningkat pada masa akan datang. Kos operasi juga naik dua kali ganda, malah pelanggan membatalkan tempahan perkhidmatan bas persiaran di bawah naungan kami walaupun kami sedia berbincang dengan mereka. Setakat ini, saya dimaklumkan kira-kira 50 peratus tempahan sudah dibatalkan,” katanya pada perhimpunan aman yang dihadiri 31 pengusaha bas persiaran Zon Utara.

Ahmad Ruslan menegaskan, syarikat bas persiaran di Zon Utara akan sukar bertahan jika keadaan ini berlarutan. Beliau turut menyifatkan tekanan yang dihadapi amat berat, terutama ketika negara sedang mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menambah, industri bas persiaran adalah antara tulang belakang pergerakan pelancong domestik dan antarabangsa di Malaysia. Namun, kenaikan harga diesel memberi impak besar terhadap kos operasi, sekali gus menjejaskan ketahanan industri tersebut.

“Pihak kami akan menghantar satu memorandum kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Perdana Menteri supaya masalah yang kami hadapi sekarang dapat diatasi segera.
Melalui memorandum itu, kami mencadangkan bantuan kewangan sementara diberikan, selain berharap subsidi bersasar diesel dapat diberikan kepada pengusaha bas persiaran berdaftar di bawah MOTAC,” jelasnya.

Artikel lain: Operasi Khas JPJ: 18 Penumpang Bas Dikesan Tak Pakai Tali Pinggang Keledar

Sementara itu, Setiausaha Persatuan Pengusaha Bas Persiaran Bumiputera Malaysia, Mahadi Izady Maharazi, berkata pihaknya berharap bantuan segera dapat diberikan supaya perkhidmatan bas persiaran dapat diteruskan. Beliau turut menekankan, masalah serupa pernah dihadapi mereka ketika pandemik COVID-19 pada 2020.

Sumber: Berita Harian (Zuliaty Zulkiffli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dalam usaha meredakan ketegangan, wakil badan bukan kerajaan (NGO) Islam dan India mengadakan mesyuarat pertama bagi mencari titik pendamaian melibatkan isu yang timbul sejak...

Lokal

Sebanyak 14,000 ekor ayam diagihkan kepada penduduk di Parlimen Permatang Pauh menerusi 29 masjid sebagai persediaan menyambut Aidilfitri. Pegawai Pusat Khidmat Rakyat MADANI Permatang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd