Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Pelajar Tahfiz Cipta Sejarah Hafazan 30 Juzuk Dalam Tempoh 18 Jam

Al-Quran tidak dihafaz dengan tergesa-gesa, sebaliknya dipahat perlahan melalui disiplin, kesungguhan dan istiqamah. Dari amalan kecil yang dilakukan setiap hari, lahir sebuah kejayaan luar biasa yang kini menjadi inspirasi buat dunia pendidikan tahfiz.

Hafazan 30 juzuk 18 jam tanpa sebarang kesalahan

Menerusi perkongsian di Facebook rasmi Yayasan Islam Kelantan (YIK), seorang pelajar Maahad Tarbiah Mardhiah Panchor (MTM), Kota Bharu, Ahmad Fikri Abdul Hisham mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya menamatkan Syahadah Hafazan al-Quran kategori 30 juzuk dalam tempoh hanya 18 jam, sekali gus memperoleh pangkat Mumtaz tanpa sebarang kesalahan bacaan.

Hafazan 30 Juzuk

YIK dalam hantaran tersebut turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah atas kejayaan luar biasa itu, yang disifatkan sebagai bukti keupayaan institusi tahfiz di bawah naungannya melahirkan huffaz berkualiti, berdisiplin dan berdaya saing di peringkat nasional.

Artikel lain: Pelajar Maahad Tahfiz Al-Fateh Tamat Syahadah Ula, Raih Pencapaian Tertinggi Hafazan

Advertisement. Scroll to continue reading.

Memetik laporan Bernama, Ahmad Fikri, 16, berkata kejayaan hafazan 30 juzuk tersebut bermula daripada amalan disiplin yang dibina sejak usia 13 tahun, apabila beliau memperuntukkan kira-kira 30 minit selepas setiap solat untuk menghafaz al-Quran secara konsisten.

“Saya cuba membahagikan masa secara berterusan selepas setiap solat. Walaupun singkat, ia dilakukan setiap hari. Saya tidak menyangka amalan ini membolehkan saya menamatkan bacaan hafazan dalam tempoh yang singkat,” katanya.

Hafazan 30 Juzuk

Menurut Ahmad Fikri, kejayaan hafazan 30 juzuk itu tidak akan tercapai tanpa sokongan padu kedua-dua ibu bapanya, Rohaizah Mat Naing, 49, dan Abdul Hisham Daud, 54, selain bimbingan berterusan guru-guru serta guru halaqahnya, Muhammad Nazih Mohd Nasir, yang sentiasa memberi dorongan dan keyakinan.

Bacaan hafazan 30 juzuk tersebut telah diperdengarkan dan diuji oleh enam guru tahfiz MTM iaitu Nik Zainuddin Nik Mohamed, Haswadi Muhammad, Muhammad Yusof Hakimi Mohd Kanafiah, Mohamad Luqman Me, Muhamad Hisamuddin Ramli dan Zikril Hakim Zulkifli Amin.

“Alhamdulillah, sepanjang pembacaan syahadah selama 18 jam itu, saya memperoleh pangkat Mumtaz kerana bacaan diperdengarkan tanpa sebarang kesalahan. Saya berharap kejayaan ini dapat menjadi contoh dan pembakar semangat kepada rakan-rakan lain,” ujarnya.

Hafazan 30 Juzuk

Sementara itu, Pengetua MTM, Najmuddin Abdullah berkata kejayaan Ahmad Fikri menamatkan hafazan 30 juzuk al-Quran dalam tempoh 18 jam merupakan pencapaian sulung dalam sejarah sekolah tersebut sejak aliran Tahfiz diperkenalkan pada 2010.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menjelaskan, berdasarkan sukatan ditetapkan, pelajar aliran Tahfiz perlu menghafaz sekurang-kurangnya tiga juzuk setahun bermula tingkatan satu dan dijangka menamatkan 15 juzuk apabila tamat tingkatan lima.

“Namun Ahmad Fikri berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam tempoh kurang lima tahun, sekali gus melepasi sasaran ditetapkan pihak sekolah. Saya berharap kejayaan ini menjadi titik permulaan untuk melahirkan lebih ramai huffaz pada masa akan datang,” jelasnya.

Sumber: Facebook @Yayasan Islam Kelantan &  Bernama (Noornasrin Salsabila Othman)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Nasional

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bakal menganjurkan Sambutan Hari Keselamatan Internet (HKI) 2026 pada 8 Februari di Astaka Taman Tasik Titiwangsa. Sambutan berkenaan bertujuan...

Lokal

Kuil Sri Maha Mariamman di Dengkil menafikan dakwaan bahawa rumah ibadat itu dibina secara haram, sebaliknya menjelaskan bahawa pihak pengurusan telah lama menyatakan kesediaan...

Sosial

Seorang lelaki warga emas dipercayai diabaikan oleh keluarga kerana keadaannya yang tidak terurus, diselamatkan oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) semalam. Kisah menyayat hati...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd