Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Fahmi Fadzil Tolak Dakwaan O’Reilly, Pendapatan Malaysia Sederhana Tinggi

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menafikan dakwaan tidak berasas oleh pengulas konservatif Amerika Syarikat (AS), Bill O’Reilly berkenaan statistik pendapatan per kapita isi rumah di Malaysia.

Menurut postingan Fahmi di laman X, kenyataan yang dibuat oleh O’Reilly adalah tidak tepat dan mengelirukan.

Beliau menjelaskan bahawa berdasarkan data Bank Dunia, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita Malaysia pada tahun 2023 ialah sebanyak AS$11,379 (RM49,788).

Foto: X fahmi fadzil

“Menurut Bank Dunia, KDNK per kapita Malaysia pada tahun 2023 ialah AS$11,379.
“Apabila diselaraskan mengikut pariti kuasa beli, jumlahnya AS$36,416 (RM159,350), meletakkan Malaysia dalam kalangan negara berpendapatan sederhana tinggi,” tulisnya pada Khamis.

Foto: thestar

Kenyataan ini dikeluarkan sebagai respons kepada dakwaan terbaru O’Reilly yang membandingkan statistik pendapatan isi rumah Malaysia dan Amerika Syarikat di mana dalam dakwaannya, O’Reilly menyebut bahawa pendapatan per kapita isi rumah di Malaysia hanya sekitar AS$5,731 (RM25,061) setahun, berbanding AS$42,220 (RM184,628) di AS.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan mengecam kenyataan O’Reilly yang menggambarkan Asia Tenggara sebagai ‘tidak mempunyai wang’ dan Anwar menyifatkan kenyataan itu sebagai angkuh dan jahil.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kenyataan daripada kedua-dua pemimpin ini menunjukkan pendirian tegas Malaysia dalam mempertahankan imej negara dan rantau Asia Tenggara di peringkat antarabangsa, serta menolak naratif negatif yang disebarkan tanpa asas kukuh.

Sumber: X Fahmi Fadzil

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang gadis tidak dapat menahan sebak selepas gagal ke peringkat seterusnya dalam uji bakat pencarian Dewi Remaja 2025 yang berlangsung di sebuah hotel di...

Lokal

Bekas Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha, Papar, Datin Rosnih Nasir menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan yang mengaitkan beliau dengan insiden tragik...

Lokal

Tindakan biadab Ketua Bersatu Port Dickson, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard yang menyebat patung menyerupai Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya mengundang padah...

Lokal

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun ditahan polis selepas dipercayai menumbuk dan ugut guru dalam kejadian di dalam sebuah sekolah menengah di Taman Kajang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd