Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Ekonomi Biru Pacu Kemakmuran Masa Depan Negara, Imbang Pembangunan Ekonomi Laut Dan Kelestarian Alam

Malaysia menggariskan Ekonomi Biru sebagai pemacu utama kemakmuran masa depan negara, dengan menekankan keperluan untuk mengimbangi pembangunan ekonomi laut dengan kelestarian alam sekitar.

Menteri Pertahanan Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sumber laut negara yang kaya perlu diteroka dengan berhati-hati agar tidak menjejaskan ekosistem marin dan matlamat kelestarian negara.

Ekonomi Biru pacu kemakmuran masa depan negara

Ekonomi Biru

“Eksploitasi berlebihan, perubahan iklim, dan pencemaran semakin mengancam ekosistem laut kita serta visi kemakmuran jangka panjang. Malaysia kekal komited terhadap pendekatan Ekonomi Biru yang tidak menjejaskan integriti alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Persidangan Maritim Malaysia (MMC) sempena Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Langkawi hari ini.

Mohamed Khaled berkata, pendekatan ini selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (SDG 14: Kehidupan di Bawah Air), dan akan menjadi asas kepada pembentukan dasar maritim negara secara menyeluruh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menjelaskan, kerajaan akan memperkukuh kerjasama antara institusi awam, swasta, serta rakan serantau untuk mempercepatkan pelaburan dalam bidang seperti tenaga boleh diperbaharui luar pesisir, perikanan lestari, serta bioteknologi marin yang kian mendapat perhatian global.

Malaysia komited terhadap Ekonomi Biru demi kelestarian alam sekitar

Artikel lain: LIMA’25: Pemilik Kereta Sewa Beri Teguran, Jurugambar Berdiri Atas Bumbung Kereta Demi Rakam Foto

“Sama ada melalui projek tenaga boleh diperbaharui luar pesisir, amalan perikanan yang mampan, atau penemuan baharu dalam bioteknologi marin, setiap usaha kita mesti menjamin kemakmuran jangka panjang tanpa menjejaskan kesihatan laut kita,” jelasnya.

Pada masa sama, beliau menekankan keperluan untuk meningkatkan keupayaan pemantauan laut negara melalui digitalisasi dan perkongsian data masa nyata, sejajar dengan peralihan ke arah tadbir urus maritim yang lebih efisien dan berasaskan teknologi.

Persidangan MMC 2025 yang dianjurkan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu menghimpunkan pelbagai pemegang taruh utama industri maritim termasuk agensi kerajaan, pemain industri, ahli akademik serta rakan antarabangsa untuk membincangkan hala tuju Malaysia sebagai negara maritim yang berdaya saing dan mampan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pada usia baru mencecah 25 tahun, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs membuktikan bahawa usia muda bukanlah penghalang untuk berjuang demi kemanusiaan....

Sosial

Hasrat seorang anak muda untuk menghadiahkan coklat kepada anak-anak Gaza akhirnya tidak kesampaian, apabila beliau bersama 16 aktivis Malaysia lain ditahan oleh IDF ketika...

Nasional

Lebih 200 ilmuwan dari dalam dan luar negara bakal berkumpul di Persidangan Agung Karya Agung Melayu (PAKAM 2025) yang akan berlangsung di Putrajaya, pada...

Sosial

Terkini, sebuah lagi kapal yang berlayar dalam misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa dua aktivis Malaysia, Zainal Rashid Ahmad (ZRA) dan Muhammad...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd