Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Peniaga Mengaku Tak Bersalah Menyamar Jadi Polis, Perkosa Pelajar Universiti

Dua lelaki yang juga peniaga makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Melaka hari ini atas pertuduhan merogol secara berkumpulan seorang pelajar universiti dalam sebuah kereta, selain menyamar sebagai polis dan melakukan pemerasan, minggu lalu.

Mengikut laporan Sinar Harian, tertuduh Muhamad Shafiq Asyraf Jasarudin, 23, dan Muhamad Nazhim Razali, 29, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohatul Akmar Abdullah.

Foto: Sinar Harian

Berdasarkan pertuduhan pertama, mereka didakwa melakukan hubungan seksual tanpa kerelaan terhadap mangsa berusia 18 tahun di dalam sebuah kereta yang diletakkan berhampiran sebuah kedai serbaneka di Taman Bukit Rambai Utama, antara jam 9 hingga 10 malam pada 22 Mei lalu.

Kes itu didakwa mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara minimum 10 tahun dan maksimum 30 tahun, jika disabitkan kesalahan.

Selain itu, kedua-dua tertuduh turut berdepan tuduhan melakukan pemerasan terhadap mangsa dan seorang lelaki berusia 20 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka didakwa mengugut untuk mencederakan pasangan itu sekiranya tidak menyerahkan wang sebanyak RM3,000, yang akhirnya menyebabkan mangsa hanya mampu menyerahkan RM50 dan kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 34.

Mereka juga dituduh menyamar sebagai pegawai polis ketika berada di kawasan lapang Pantai Klebang, yang turut berlaku pada tarikh dan masa yang sama.

Bagi tuduhan ini, mereka didakwa mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendakwa Raya, Wardah Ishhar, tidak menawarkan sebarang jaminan namun mencadangkan jumlah RM60,000 bagi setiap tertuduh, sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau turut memohon agar syarat tambahan dikenakan untuk melarang tertuduh mengganggu mangsa.

Peguam bela kepada Muhamad Nazhim, Kent Tan Chow Teng, merayu agar jaminan dikurangkan dengan alasan anak guamnya masih bujang, menjaga ibu bapa yang sakit, dan hanya berniaga makanan secara kecil-kecilan.

Sementara itu, Muhamad Shafiq Asyraf yang diwakili oleh peguam K. Shareveen turut merayu jaminan rendah atas dasar beliau menanggung isteri dan dua anak kecil hasil pendapatan menjual takoyaki.

Selepas mempertimbangkan permohonan, mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM13,000 bagi semua pertuduhan terhadap Muhamad Shafiq Asyraf serta menetapkan syarat tambahan termasuk kehadiran semasa sebutan kes dan laporan bulanan ke balai polis.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Tarikh 7 Julai ditetapkan untuk serahan dokumen kepada pihak pembelaan.

Terdahulu, media melaporkan bahawa kedua-dua suspek telah direman selama tujuh hari selepas dipercayai terlibat dalam kes rogol terhadap seorang pelajar universiti.

Menurut maklumat awal kejadian, mangsa berusia 18 ketika itu berada berdua-duaan bersama teman lelakinya di dalam sebuah kereta sebelum didatangi suspek berusia 29 tahun yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Suspek kemudiannya masuk ke dalam kenderaan tersebut dan menghubungi rakannya yang berusia 23 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka menuduh pasangan itu melakukan perbuatan tidak bermoral dan mengugut meminta wang RM3,000 dan akan mengambil tindakan undang-undang sekiranya tidak diberikan wang.

Suspek turut mengarahkan pasangan itu melakukan hubungan seks di tempat duduk belakang sambil salah seorang daripada mereka memandu kereta berkenaan serta tindakan tersebut dirakam menggunakan telefon bimbit.

Ketika teman lelaki mangsa diarahkan mengeluarkan wang di sebuah kedai serbaneka, mangsa didakwa ditinggalkan bersama kedua-dua suspek dan telah diperkosa.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Sejak semalam, tular di media sosial beberapa hantaran di media sosial mesej perbualan tak senonoh tersebar antara seorang guru berstatus isteri dengan lelaki yang...

Sosial

Baru-baru ini, tular seorang suami mendedahkan perbuatan terkutuk isterinya bersama rakan sekerja yang didakwa berlaku curang di belakangnya. Suami dakwa isteri disondol lelaki lain...

Sosial

Seorang lelaki yang mengakui bekas suami kepada guru wanita tular meluahkan rasa sedih terhadap isu yang terpalit terhadap bekas isterinya, baru-baru ini. Menerusi komen...

Sukan

Malaysia akhirnya berjaya menamatkan penantian selama 12 tahun untuk merangkul kejuaraan dalam kategori beregu lelaki di kejohanan badminton Masters Malaysia apabila dua wakil negara...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd