Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dua Beranak Didenda RM2,000 Miliki Barang Curi Pasar Raya

Sepasang ibu dan anak masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Muar selepas mengaku bersalah memiliki 33 barangan curi milik sebuah pasar raya dalam kejadian yang berlaku bulan lalu.

Berdepan hukuman penjara lima bulan jika tidak bayar denda

Menurut laporan Berita Harian, Majistret Suzana Mokhtar menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Sanifah Kulang, 54, dan anak perempuannya, Intan Fazura Jaunes, 27, selepas mengambil kira pengakuan salah serta rayuan yang dikemukakan oleh kedua-dua tertuduh.

denda

Foto: Kosmo!

Sekiranya gagal membayar denda, mereka berdepan hukuman penjara lima bulan. Namun begitu, kedua-duanya berjaya membayar denda yang dikenakan.

Mengikut pertuduhan pilihan, kedua-dua tertuduh didakwa dengan niat bersama menyimpan barangan curi milik pasar raya yang terdiri daripada 14 peket pelembut kain, 10 botol minyak masak pelbagai jenama, tiga kampit beras, peluntur dan serbuk pencuci.

Artikel lain: Lelaki Didenda Buat Hantaran Tidak Senonoh Terhadap Anak Dr Amalina

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Parit Jawa pada jam 5.40 petang, 27 Mei lalu.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda, atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, seorang pekerja pasar raya menyedari kehilangan beberapa barangan sebelum semakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati dua beranak itu menolak keluar troli yang penuh dengan barang tanpa membuat bayaran.

denda

Foto: Buletin TV3

Siasatan lanjut mendedahkan perbuatan itu dilakukan dengan bantuan Intan Fazura yang ketika itu bekerja sebagai juruwang di pasar raya terbabit, sekali gus memudahkan kegiatan mereka.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yasmin Mohd Piah, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Sakinah Suhaimi daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Alias Abd Rani)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd