Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Dendam Dipaksa Belajar Jadi Punca Calon SPM Habiskan Nyawa Ibu & Abang

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun tergamak membunuh ibu dan abangnya serta mencederakan adiknya dalam kejadian menggemparkan di Taman Rambai Mutiara, Bukit Rambai, Melaka disebabkan dendam dipaksa belajar.

Motif dipercayai sebab dendam dipaksa belajar

Memetik laporan daripada Malaysia Gazette, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar memaklumkan, siasatan awal mendapati suspek yang juga calon SPM tahun ini bertindak sedemikian kerana tertekan kerap dipaksa belajar oleh ibu dan abangnya memandangkan bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

“Motif pembunuhan disebabkan oleh perasaan dendam yang terpendam akibat tekanan perasaan kerana suspek akan menduduki SPM tahun ini sering dipaksa belajar oleh ibu dan abangnya,” katanya.

Dendam Dipaksa Belajar

Dendam dipaksa belajar hingga tergamak tikam ibu

Suspek ditahan dalam keadaan termenung di hadapan rumah sebelum mengaku menikam ibunya yang berusia 51 tahun, seorang guru, serta abangnya berumur 21 tahun. Dia juga didapati telah merancang pembunuhan itu dan membawa pisau lipat sepanjang 20 sentimeter dalam beg sekolah.

“Mangsa dipercayai menikam ibunya beberapa kali di leher, pinggang dan belakang badan menggunakan pisau lipat berukuran kira-kira 20 sentimeter yang di bawa dalam beg sekolahnya dan perancangan itu sudah dibuat lebih awal,” jelasnya.

Artikel lain: Disyaki Dibunuh, Guru Dan Anak Sulung Ditemui Maut Di Rumah

Advertisement. Scroll to continue reading.

Adik alami cedera parah, ibu dan abang maut

Ketika kejadian, abang mangsa cuba menyelamatkan ibu mereka tetapi turut maut akibat beberapa tikaman. Adik suspek berusia 13 tahun pula cedera parah ketika cuba menghalang tindakan kejam tersebut.

“Mangsa bagaimanapun stabil sebelum dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan siasatan turut mendapati kejadian dirakamkan sistem kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran,” 

Suspek turut cuba membuang barang kes, namun usaha itu turut dirakam CCTV dan polis telah menemui semula pisau serta barangan berkaitan. Ujian air kencing mendapati suspek bebas dari pengaruh dadah atau alkohol. Dia akan direman esok bagi siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sumber: Malaysia Gazette (Reza A hamid)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hubungan antara adik-beradik tidak akan pernah terputus biarpun sering diuji dengan pelbagai masalah kerana dilahirkan daripada rahim yang sama. Sedih orang terakhir dipeluk Baru-baru...

Lokal

Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) didapati menganugerahkan kontrak katering bernilai RM25.64 juta kepada sebuah syarikat yang tidak memiliki sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam...

Sosial

Seorang pelajar jurusan Kerja Sosial Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) bertindak berani apabila terjun ke dalam tasik bagi menyelamatkan seorang remaja perempuan yang cuba keluar...

Lokal

Seorang doktor lelaki maut selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum merempuh sebuah stor penyimpanan gas di Jalan Kampung Undang, di Kuala Terengganu, pada Selasa. Mangsa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd