Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ringankan Beban Rakyat, DPIM Gesa Kerajaan Laksana Bantuan Pembelian Beras 

Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan menggesa  kerajaan supaya segera melaksanakan bantuan kewangan melalui baucer bagi pembelian beras untuk membantu rakyat terutamanya golongan B40.

Menurut laporan Malaysia Gazette, pendirian itu diambil kira susulan kesusahan rakyat pada masa kini yang terkesan akibat kenaikan harga makanan ruji itu.

Ujarnya, kenaikan harga beras import dan ketiadaan beras tempatan di pasaran merupakan isu yang terus memberi tekanan kepada rakyat tambahan pula dengan kos sara hidup yang kian meningkat.

“Isu kekurangan bekalan beras tempatan terus meruncing. Kesannya, harga beras import turut meningkat akibat pasaran global. Yang paling terkesan adalah rakyat B40.
“Harga beras import naik, ini realiti. Apa yang patut dilakukan oleh kerajaan?” soalnya.

Bukan itu sahaja, Shahir mendapati harga beras import menunjukkan peningkatan yang sangat drastik sehingga 40 peratus selepas meninjau di beberapa buah pasar raya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ada jenama beras import yang melonjak hingga RM75 untuk 10 kilogram,” ujarnya.

Jelasnya lagi, kerajaan ketika ini perlu lebih realistik dan menteri bertanggungjawab dalam menentukan mekanisme untuk menangani isu tersebut bagi memulihkan kembali bekalan beras putih tempatan di seluruh negara tanpa menunggu jangka masa yang lama.

“Kita sudah merdeka 66 tahun. Situasi yang amat malang dengan tiadanya daya upaya dan kebolehan kita untuk mewujudkan stok simpanan beras tempatan tanpa bergantung dengan beras import.
“Suatu anjakan perlu dilaksanakan oleh kementerian bertanggungjawab dalam usaha memerdekakan kebergantungan kita terhadap beras import,” katanya lagi.

Sumber: Malaysia Gazette (Mohd Zaini Samsu Hadi)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd