Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

FIFA Bongkar Asal Usul Datuk, Nenek Tujuh Pemain Warisan Harimau Malaya

Jawatankuasa Disiplin Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) melalui keputusan rasmi bertarikh FDD-24394 mendedahkan hasil siasatan terhadap dokumen kelahiran beberapa pemain yang dikemukakan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang disahkan sebagai dipalsukan bagi tujuan kelayakan pemain, lapor Sinar Harian.

Perincian mengenai tujuh pemain warisan Harimau Malaya

Menurut laporan rasmi yang ditandatangani oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FIFA, Jorge Palacio, badan induk itu mendapati terdapat perbezaan ketara antara sijil kelahiran asal yang diperoleh hasil siasatan FIFA dengan dokumen yang dikemukakan oleh FAM.

Antara kes yang menarik perhatian ialah membabitkan pemain tengah kelahiran Belanda, Hector Hevel apabila dokumen dikemukakan FAM mendakwa datuknya lahir di Melaka, namun semakan FIFA terhadap sijil asal menunjukkan tempat lahir sebenar di The Hague, Belanda.

tujuh pemain warisan

Foto: FIFA

Situasi hampir sama turut berlaku ke atas Jon Irazabal, apabila rekod FAM menyatakan datuknya berasal dari Kuching, Sarawak sedangkan sijil lahir sebenar membuktikan kelahiran di Villa de Guernica, Sepanyol.

FIFA juga mendedahkan hasil semakan terhadap asal-usul keluarga beberapa pemain lain seperti keluarga Gabriel Palmero didapati berasal dari Santa Cruz de la Palma, Sepanyol manakala datuk kepada Facundo Garcés dilahirkan di Santa Fe de la Cruz, Argentina.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Sudah Diluluskan FIFA, Status Pemain Warisan Tak Wajar Dipersoal – FAM

Siasatan turut menunjukkan datuk Rodrigo Holgado lahir di Buenos Aires, sementara nenek kepada Imanol Javier Machuca berasal dari Roldan, dan datuk João Figueiredo pula dari Abre Campo, Brazil.

Atas kesalahan melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA berkaitan pemalsuan serta penggunaan dokumen tidak sah dalam urusan rasmi, FAM dikenakan denda RM1.8 juta, manakala setiap pemain terbabit turut didenda RM11,000 dan digantung 12 bulan daripada sebarang aktiviti bola sepak.

tujuh pemain warisan

Foto: Malaysia NT

Laporan itu turut memetik kenyataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menjelaskan pihaknya tidak pernah menerima sijil kelahiran asal bagi tujuan pengesahan salasilah pemain-pemain tersebut, sebaliknya hanya mengeluarkan salinan berpandukan maklumat sekunder serta dokumen luar negara.

“Pengakuan ini menunjukkan proses pengesahan kerajaan Malaysia mungkin tidak berasaskan dokumen asal, sekali gus menimbulkan persoalan terhadap ketelitian prosedur verifikasi FAM,” ujar laporan itu.

Keputusan terbaharu itu dijangka memberi tamparan besar kepada kempen kelayakan Piala Asia 2027, selepas Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) memberi bayangan bahawa keputusan perlawanan Malaysia berpotensi dibatalkan sekali gus mata kemenangan boleh diserahkan kepada pasukan lawan sekiranya hukuman FIFA tersebut dikekalkan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam keputusan sama, FAM diberikan tempoh 30 hari untuk melunaskan bayaran denda, selain tiga hari bagi mengemukakan notis rayuan kepada Jawatankuasa Rayuan FIFA.

Langkah ini juga secara tidak langsung menjawab persoalan para penyokong yang selama ini tertanya-tanya mengenai punca sebenar tindakan disiplin dikenakan, meskipun pemain-pemain terbabit sudah beberapa kali menyarung jersi Harimau Malaya sejak Mac lalu.

Sumber: Sinar Harian (Afdah Mujap)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Tular sebuah video di media sosial yang memaparkan seorang remaja perempuan memanggil rakan sejenisnya dengan gelaran mesra seperti “sayang” dan “isteri”. Tular panggil rakan...

Sosial

Kerja di lapangan terbang memang penuh dengan cabaran. Setiap hari petugas keselamatan terpaksa berdepan dengan ribuan penumpang yang pelbagai ragam. Penumpang VIP siram air...

Lokal

Seorang pelajar perempuan tingkatan empat ditahan bersama seorang lelaki berusia 20-an dalam serbuan operasi khalwat oleh Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) di sebuah...

Sosial

Pada usia baru mencecah 25 tahun, Muhammad Hareez Adzrami atau lebih dikenali sebagai Haroqs membuktikan bahawa usia muda bukanlah penghalang untuk berjuang demi kemanusiaan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd