Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dari KL Ke Penang! Anak Bawa Ibu Bapa OKU Penglihatan Pekena Nasi Kandar, Pemilik Restoran Belanja Makan

Tindakan seorang remaja lelaki yang setia menjaga kedua ibu bapanya yang merupakan orang kurang upaya (OKU) menyentuh hati ramai selepas kisah mereka dikongsikan oleh pemilik restoran Nasi Kandar Sulaiman (NKS) di Facebook.

Menurut pemilik restoran itu, keluarga berkenaan datang dari Kuala Lumpur ke restoran terbabit yang terletak di  George Town, Pulau Pinang untuk menikmati hidangan nasi kandar seperti yang pernah mereka lakukan tahun lalu.

Lebih menyentuh hati, kedua-dua ibu bapanya merupakan OKU penglihatan dan segala urusan mereka dibantu sepenuhnya oleh anak lelaki tersebut.

Pemilik NKS berkata, kunjungan mereka kali ini mengingatkannya kepada pertemuan pertama setahun lalu apabila beliau membelanja keluarga tersebut menggunakan wang sumbangan orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tahun lepas mereka ada datang ke NKS dan ketika itu saya belanja mereka guna duit para penderma. Kali ini pun selepas hampir setahun mereka datang lagi untuk pekena nasi kandaq, jadi saya belanja mereka sekali lagi.
“Mereka sebenarnya tak tahu pun saya nak belanja. Masa mereka nak bayar baru saya beritahu dan mereka jadi sangat gembira,” katanya menerusi sebuah hantaran di Facebook hari ini.

Menurutnya lagi, walaupun keluarga itu berdepan ujian besar dalam kehidupan, mereka tetap kelihatan ceria dan meneruskan kehidupan dengan penuh positif.

Namun perkara yang paling mencuri perhatian adalah sikap anak lelaki berkenaan yang menjaga ibu bapanya dengan penuh sabar dan kasih sayang.

Walaupun restoran ketika itu dipenuhi pelanggan, remaja itu tetap melayan kedua ibu bapanya dengan tenang dan sentiasa tersenyum tanpa menunjukkan sebarang rasa malu atau keluhan.

“Anak mereka ini sikit pun tidak rasa malu nak keluar dengan ibu bapa mereka. Dia jaga mereka dengan muka senyum sahaja walaupun ramai pelanggan lain ketika itu.
“Nak jaga ibu bapa seperti ini bukan mudah, ia cabaran yang sangat besar. Tapi adik ini jaga mereka dengan penuh kasih sayang,” ujarnya.

Beliau turut berkata, sikap remaja terbabit wajar dijadikan contoh kepada generasi muda hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam zaman di mana ada segelintir anak berasa malu untuk keluar bersama ibu bapa yang sudah tua atau uzur, remaja itu sebaliknya menunjukkan penghargaan tinggi terhadap kedua orang tuanya.

“Inilah contoh yang baik kepada semua anak. Hargai ibu bapa yang masih ada walaupun mereka sakit atau sudah tua. Tidak perlu rasa malu untuk menjaga mereka,” katanya lagi.

Sumber: Facebook Nasi Kandar Sulaiman

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Dunia

Israel dilaporkan tidak membenarkan umat Islam menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, dengan alasan sekatan keselamatan susulan konflik berterusan...

Lokal

Seorang lelaki yang dipercayai bertindak ganas dengan memukul dan melanggar kepala isterinya menggunakan motosikal akhirnya diberkas polis selepas video kejadian itu tular di media...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd