Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Dah Ada 2 PhD! Anak Jati Felda Jerangau Sedia Sambung Pengajian Kali Ketiga

Walaupun sudah bergelar pemegang dua ijazah Doktor Falsafah (PhD), semangat menuntut ilmu dalam diri Dr Zamri Chik, 59, tidak pernah pudar. Anak jati Felda Jerangau itu kini bersiap sedia untuk menyambung pengajian kali ketiga dalam bidang Sains Politik.

Menurut laporan Harian Metro, Dr Zamri yang berpengalaman luas dalam penyelidikan dan analisis berkata pengajiannya selama ini bukan untuk mengejar gelaran, sebaliknya kerana minat mendalam dalam dunia akademik dan keinginan membantu pelajar lain.

phd

Foto: Harian Metro

“PhD kedua banyak membuka peluang untuk saya bantu pelajar dalam membuat analisis kajian, bukan saja dari dalam negeri tapi juga luar negara seperti Jordan, Nigeria dan Palestin.
“Dulu masa buat PhD pertama memang rasa sukar, tapi bila masuk yang kedua, semuanya jadi lebih mudah. Sekarang bila nak buat PhD ketiga, saya rasa lebih yakin sebab dah faham rentak dan prosesnya,” katanya.

Artikel lain: Menginspirasikan! Pembantu Pejabat UTM Miliki PhD, Bukti Pendidikan Tiada Had

Menurutnya, pengalaman sebagai pelajar pascasiswazah memberi kelebihan untuk memahami cabaran pelajar lain terutama dalam penyelidikan dan analisis data.

“Kini saya banyak membantu pelajar yang sedang menyiapkan tesis di pelbagai universiti. Saya tahu pensyarah sibuk, jadi kalau ada yang minta tolong, saya akan bantu sepenuhnya,” ujarnya.

Bapa kepada sembilan anak dan datuk kepada dua cucu itu menjadikan semangat belajar sebagai motivasi kepada keluarganya.

Advertisement. Scroll to continue reading.
phd

Foto: Kosmo!

“Bila anak-anak tengok ayah mereka ada PhD, mereka pun terinspirasi untuk ikut jejak sama. Walaupun umur dah hampir 60 tahun, saya masih bertenaga dan bersemangat untuk terus belajar,” jelasnya.

Dr Zamri memiliki Diploma Komputer Sains dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Ijazah Komputer Sains dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Sarjana Pendidikan dari Open University Malaysia (OUM). Kini, beliau bersedia melanjutkan PhD ketiga dalam bidang Sains Politik.

Sumber: Harian Metro (Nazdy Harun)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Seorang lelaki R. Ganesalingam, 49, didakwa di Mahkamah Majistret Klang hari ini atas tuduhan membunuh seorang penembak bermotosikal dalam insiden di Kapar yang tular...

Lokal

Kerajaan Kelantan mengisytiharkan hari Khamis, 19 Mac sebagai cuti hari kelepasan am bagi seluruh negeri sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Menteri Besar...

Bisnes

Syarikat teknologi gergasi, Meta Platforms, dilaporkan merancang pemberhentian pekerja secara besar-besaran yang berpotensi menjejaskan lebih 20 peratus tenaga kerjanya. Langkah itu dilihat sebagai usaha...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd