Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Bunuh Komander Tertinggi, Hezbollah Sasar Pangkalan Operasi Tentera Israel

Tentera berpangkalan di Lubnan, Hezbollah yang disokong Iran menyasarkan dan menyerang pangkalan operasi tentera di utara Israel pada Selasa, lapor Reuters.

Serangan tersebut sebagai tindak balas terhadap pembunuhan salah seorang komandernya dan seorang pemimpin Hamas baru-baru ini.

Lapor Reuters, hanya hanyalah sebahagian daripada tindak balas terhadap pembunuhan komander medan tertinggi, Wissam Tawil pada Isnin dan timbalan ketua Hamas, Saleh al-Arouri, pada 2 Januari.

“Hezbollah menyasarkan pusat pangkalan tentera Israel di bandar Safed, Israel dengan beberapa dron membawa bahan letupan,”petik Reuters.

Hizbullah Israel

Tentera Israel turut mengesahkan dron berkenaan terhempas di salah satu pangkalan mereka di utara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, tentera Israel menyatakan tiada sebarang kecederaan atau kerosakan dilaporkan atas serangan yang dilakukan.

Untuk pengetahuan, kedua-duanya berbalas serangan merentasi sempadan, hampir setiap hari sejak tercetusnya peperangan antara Israel dan Hamas pada 7 Oktober di Semenanjung Gaza.

Israel juga menyasarkan sebuah kereta di perkampungan Ghandouria di selatan Lubnan sehingga menyebabkan tiga pejuang Hezbollah terkorban.

Hizbullah Israel

Artikel lain: Bilangan Syahid Meningkat, Gaza Kini Jadi Kubur Kanak-Kanak

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pembunuhan anggota tertinggi Hezbollah telah menambahkan lagi ‘bara api’ untuk mendorong ke hadapan menentang Israel dan bukannya berundur.

Beratus-ratus penyokong Hezbollah menghadiri perarakan pengebumian di mana bendera kuning kumpulan itu disarungkan pada kerandanya.

Hizbullah Israel

Hizbullah Israel

Pada Sabtu, Hezbollah menembak lebih 60 roket ke pangkalan tentera Israel.

Ia sebagai tindak balas terhadap pembunuhan Saleh di Beirut yang dipersalahkan secara meluas ke atas Israel.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Reuters

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd