Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rayuan Ditolak, Bung Moktar Dan Zizie Izette Diperintah Bela Diri Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad gagal dalam mencabar keputusan Mahkamah Rayuan yang memerintahkan pasangan ini membela diri melibatkan tiga pertuduhan rasuah berjumlah RM2.8 juta.

Bung Moktar dan Zizie Izette diperintah bela diri

Bung Moktar dan Zizie Izette diperintah bela diri

Foto: Sabah Post

Memetik laporan Berita Harian, panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali, Datuk Azizul Azmi Adnan dan Datuk Ahmad Kamal Md Shahid menolak rayuan pasangan ini untuk mendapatkan kebenaran semakan berhubung keputusan perbicaraan terdahulu.

Menurut mahkamah, Bung Moktar dan isteri sebagai perayu gagal memenuhi syarat ambang yang menunjukkan terdapat keadaan luar biasa atau ketidakadilan serius untuk membolehkan semakan terhadap keputusan terdahulu.

“Oleh itu, permohonan perayu mendapatkan kebenaran semakan ditolak,” katanya, hari ini.

Sementara itu, pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How dan Mohamad Fadhly Mohd Zamry, manakala Bung Moktar dan Zizie Izette diwakili M Athimulan selaku peguam.

Terdahulu, kedua-dua mereka mengemukakan permohonan itu pada Mac lalu di bawah Peraturan 105, Kaedah-Kaedah Mahkamah Rayuan 1994, atas alasan panel Mahkamah Rayuan tidak mempunyai bidang kuasa bagi mendengar rayuan pendakwaan dan bertegas untuk panel semakan mengembalikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Bung Moktar dan Zizie Izette diperintah bela diri

Foto: Astro Awani

Pada 18 November 2024, panel Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim mengarahkan Bung Moktar, 65, dan Zizie Izette, 47, membela diri setelah berdepan tiga pertuduhan rasuah, selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 7 September 2023.

Pada September 2022, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap pasangan ini dan Mahkamah Sesyen memerintahkan mereka berdua untuk membela diri di akhir kes pendakwaan.

Bekas Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra Berhad itu didakwa pada 3 Mei 2019, berhubung dua pertuduhan iaitu mengambil suapan berjumlah RM2.2 juta dan RM262,500 sebagai sokongan untuk mendapatkan kelulusan Felcra melabur RM150 juta dalam unit amanah Public Mutual.

Bung Moktar dan Zizie Izette diperintah bela diri

Foto: Bernama

Artikel lain: Tiga Tuduhan Rasuah RM2.8 Juta, Bung Moktar Dan Isteri Diperintah Bela Diri

Beliau dituduh menerima rasuah daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Madhi Abdul Hamid menerusi Zizie Izette, di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, Kuala Lumpur sekitar jam 12.30 tengah hari hingga jam 5 petang 12 Jun 2015.

Bung Moktar turut dituduh menerima suatu suapan iaitu wang tunai RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual Berhad, Norhaili Ahmad Mokhtar melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk rekod, pada 9 April lalu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur sebulat suara membenarkan permohonan pasangan itu untuk menggantung prosiding pembelaan sehingga semakan keputusan terbabit diputuskan.

Sumber: Berita Harian (Suraya Ali)

Ditulis oleh Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pengasas syarikat kosmetik, Cubre Mi, Afzalizah Nizam Azizan menjadi perhatian warganet setelah menyediakan hadiah barangan mewah buat anaknya sempena sambutan Hari Guru yang diadakan...

Nasional

Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) meneruskan kesinambungan Program Bicara Eksekutif 2025 dengan topik hangat semasa — Kenaikan Tarif dan Dampaknya Kepada Ekonomi Malaysia. Program ilmiah...

Nasional

Kerajaan bersetuju melanjutkan Program Repatriasi Migran 2.0 (PRM 2.0) bermula 19 Mei ini hingga 30 April tahun depan khusus untuk Semenanjung Malaysia dan Wilayah...

Sukan

Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sekali lagi menampilkan aksi cemerlang di Terbuka Thailand setelah berjaya memperoleh kejuaraaan berganda pada musim ini di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd