Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Tipu Kononnya Hilang, Bomba Buat Laporan Polis Terhadap Pempengaruh Dan Adiknya

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor tampil membuat laporan polis terhadap seorang pempengaruh media sosial dan adik lelakinya susulan dakwaan palsu mengenai kehilangan mangsa di Sungai Tui, Bukit Kepong, Isnin lalu.

Bomba membuat laporan polis

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Zon 4 JBPM Johor, Norshuhada Amsari berkata, laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar semalam selepas mendapat arahan daripada Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad.

bomba

Foto: Harian Metro

Beliau menyifatkan perbuatan memberi maklumat palsu sebagai tindakan tidak bertanggungjawab yang bukan sahaja membazirkan sumber dan masa, malah turut membahayakan pasukan penyelamat.

“Tindakan ini melibatkan risiko keselamatan anggota kami dan boleh mengganggu operasi kecemasan lain. Ia juga mampu menjejaskan kepercayaan masyarakat terhadap agensi penyelamat sekiranya tidak ditangani,” katanya.

Artikel lain: Pempengaruh Hilang: Polis Rakam Keterangan Isteri, Adik Ija Nizaruddin

Tambah beliau, laporan polis itu juga dibuat sebagai peringatan kepada orang awam agar tidak memandang ringan perkara seumpama ini yang boleh memberi kesan besar terhadap pelbagai pihak.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Laporan dibuat pada jam 11.30 pagi dan saya sendiri telah memberikan keterangan kepada pegawai penyiasat. Kami harap masyarakat ambil iktibar dan tidak mengulangi kesilapan ini,” ujarnya.

Difahamkan, operasi mencari dan menyelamat mangsa berlangsung selama empat hari dan membabitkan 30 pegawai serta anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Labis serta Pagoh.

bomba

Pasukan Penyelamat di Air turut dikerahkan ke lokasi sejurus laporan kehilangan diterima.

“Kami hanya mengetahui kebenaran kejadian pada pagi Sabtu lalu apabila Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz memaklumkan bahawa lelaki terbabit sebenarnya selamat,” jelasnya.

Katanya lagi, tindakan individu berkenaan bukan sahaja menjejaskan ahli keluarga dan orang awam, malah mempersia-siakan usaha pihak berkuasa yang bertungkus-lumus di lapangan.

“Pasukan keselamatan berkampung selama beberapa hari bagi menjalankan operasi, tetapi rupa-rupanya mangsa sengaja menghilangkan diri. Dia perlu bertanggungjawab dan tampil memperbetulkan keadaan,” tegasnya.
bomba

Foto: FMT

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz mendedahkan lelaki berusia 38 tahun itu didapati mereka-reka cerita kononnya hilang di sungai terbabit.

Lebih mengejutkan, adik lelakinya yang berusia 30 tahun turut bersubahat apabila menolak kereta ke dalam sungai dan berpura-pura menjalankan operasi mencari bagi mengaburi pihak berkuasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejadian sebenar terbongkar apabila terdapat beebrapa keraguan dalam keterangan yang diberikan. Akhirnya, adik lelaki berkenaan mendedahkan bahawa abangnya telah melarikan diri ke negara jiran sebelum pulang ke tanah air pada Jumaat lalu.

Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Rakaman dashcam yang dikongsi di Facebook Muhd Khairul Hakimin mengundang sebak ramai apabila memperlihatkan detik menyayat hati dipercayai sebuah keluarga tiga beranak terlibat dalam...

Sosial

Demonstrasi besar-besaran di Jakarta bukan sahaja mencuri tumpuan tempatan malah turut mengundang reaksi daripada rakyat Malaysia yang tampil menyatakan solidariti dengan cara tersendiri. Indonesia...

Nasional

Negeri Sembilan menerima pengiktirafan sebagai Negeri Paling Progresif di Malaysia untuk tahun 2024 melalui anugerah The International Business Review (IBR) ASEAN Awards 2025. Menteri...

Politik

Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Hafez Sabri tampil memohon maaf dan mengakui kekhilafan berhubung hantaran di Facebook miliknya yang tular sejak semalam berkaitan cubaan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd