Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Bojan Hormat Kontrak, Enggan Ulas Spekulasi Kembali Jadi Jurulatih Selangor

Khabar angin mengenai pengendali baharu skuad Gergasi Merah masih tidak terjawab sehingga hari ini apabila mereka masih dikendalikan Abdi Hassan dengan status sebagai ketua jurulatih sementara.

Menurut laporan Malaysia Gazette, jurulatih kelahiran Croatia, Bojan Hodak pula enggan mengulas lanjut apabila namanya dikaitkan menjadi jurulatih baharu Selangor bagi mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh Nidzam Jamil.

Foto: Sinar Harian

Meskipun perbezaan sudah disaksikan oleh penyokong ketika skuad Gergasi Merah berjaya menundukkan Kedah Darul Aman FC, seseorang yang lebih berkaliber dalam menjaga skuad tersebut pasti dimahukan penyokong kelab ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Hal ini kerana pasukan Lembah Klang itu kini sedang berentap dalam Liga Juara-Juara AFC (ACL) Two, selain memburu slot untuk terus beraksi dalam pertandingan itu musim depan.

Foto: Kosmo Digital

Justeru itu, seseorang yang berkaliber dan berpengalaman diperlukan bagi mengisi kekosongan yang telah ditinggalkan oleh Nidzam Jamil dengan beberapa calon, sedang heboh diperkatakan di media sosial.

Salah seorang daripadanya Bojan yang tidak asing lagi dengan Liga Super kerana pernah bersama kelab berkualiti seperti Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pengendali dengan kualiti serba-serbi sepertinya amat diingini memandangkan dia pernah menjulang pelbagai kejuaraan selain berjaya membuktikan diri dalam Piala AFC bersama Kuala Lumpur (KL) City FC dua tahun lalu.

Foto: Carian Google

Namun, Bojan yang ketika ini mencurah bakti di Indonesia bersama Persib Bandung enggan mengulas lanjut mengenainya kerana menghormati kontrak antaranya dengan pasukan berkenaan.

“Saya tahu kerana setiap kali Selangor FC mengalami perubahan kejurulatih, pasti ada khabar angin mengatakan saya akan dilantik mereka. Tetapi, saya masih ada kontrak di sini, itu sahaja,” katanya.

Pengendali berusia 53 tahun tersebut memilih untuk ke Indonesia pada pertengahan 2023 setelah meninggalkan skuad Warga Kota dengan harapan dapat meraih pengalaman baharu dalam kariernya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Carian Google

Keputusan itu sememangnya tepat kerana dia berjaya membantu mereka menjulang Liga 1 Indonesia pada musim berkenaan selain membawa pulang Anugerah Jurulatih Terbaik.

Meskipun Persib Bandung masih berjaya memberi saingan di peringkat domestik, mereka sedikit bergelut dalam kempen ACL Two kerana hanya meraih satu mata dalam Kumpulan F selepas mengharungi tiga perlawanan.

Sumber: Malaysia Gazette

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Dunia

Israel dilaporkan tidak membenarkan umat Islam menunaikan solat Aidilfitri di Masjid Al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur yang diduduki, dengan alasan sekatan keselamatan susulan konflik berterusan...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd