Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Beregu Lelaki Negara Sedia Lawan Bekas Pasangan Nombor Satu Dunia Dari India

Beregu badminton kebangsaan Choong Hon Jian-Haikal Nazri bersedia untuk melawan pasangan dari India Shetty-Rankireddy di pusingan pertama dalam Terbuka Singapura hari ini.

Beregu negara bakal berdepan bekas pasangan nombor satu dunia

Beregu negara bakal berdepan bekas pasangan nombor satu dunia

Foto: Sinar Harian

Memetik laporan Kosmo, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy yang juga merupakan pemain bekas nombor satu dunia diundi bertemu bersama pasangan beregu negara namun perkara itu tidak sedikit mengusarkan Hon Jian-Haikal.

Malah, gandingan No. 41 dunia itu memberitahu sudah bersedia berdepan beregu India tersebut dan menganggap ia satu peluang besar dalam menguji kemampuan diri apabila melawan satu gandingan hebat dalam sebuah pertandingan.

Haikal memberitahu, dia dan Hon Jian akan memberikan aksi yang sama seperti biasa memandangkan tekanan lebih di pihak gandingan No. 27 dunia yang turun sebagai beregu pilihan.

“Sebenarnya bukan nak cakap rasa yakin atau apa kerana apa yang penting, kami main sahaja seperti biasa. Saya cakap begitu kerana ini salah satu peluang untuk kami lawan dengan beregu (ranking) atas.
“Tekanan bukannya berada di pihak kami, sebaliknya mereka. Bagi saya, kami hanya akan keluarkan aksi terbaik dan gunakan peluang ini dengan sebaik mungkin,” kata Haikal, baru-baru ini.
Beregu negara bakal berdepan bekas pasangan nombor satu dunia

Foto: The Star

Terdahulu, Hon Jian-Haikal mendapat peluang untuk bertemu bersama bekas juara dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi walaupun tewas 14-21, 13-21 pada pusingan kedua Malaysia Masters.

Sehubungan itu, Hon Jian juga tidak menafikan jika mereka berdua mampu mencipta kejutan ke atas gandingan Shetty-Rankireddy sekiranya menterjemahkan permainan yang diterapkan ketua jurulatih, Herry Iman Pierngadi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mereka  yang kuat kerana pernah bergelar No. 1 dunia. Apabila masuk ke gelanggang, kami hanya perlu keluarkan permainan sendiri dan ia boleh membantu kami untuk menentang mereka,” jelasnya.

Artikel lain: Masters Malaysia: Pearly-Thinaah Kecundang, Tewas Kepada Beregu China

Untuk rekod, saingan Jelajah Dunia Super 750 itu merupakan kejohanan keempat mereka musim ini selepas terlepas beberapa kejohanan awal tahun ekoran kecederaan yang dialami Haikal.

Sumber: Sinar Harian (Mohammad Helmee Ramli)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd