Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Bella Dan Tujuh Lelaki Tukar Pengakuan Kepada Tidak Bersalah Atas Tuduhan Ugut, Pukul Dan Pemerasan

Seorang gadis, Bella bersama tujuh rakan lelakinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini atas empat pertuduhan termasuk pemerasan, mencederakan, mengurung dan mengugut seorang lelaki dalam kejadian yang berlaku April lalu.

Menurut laporan Harian Metro, pengakuan itu dibuat selepas pertuduhan dibacakan semula di hadapan Majistret A Shaarmini dan Majistret Nur Fatin Mohamad Farid.

Foto: Harian Metro

Tujuh individu lain yang turut didakwa ialah Muhammad Aqmal Hafifi Mustafa Kamal, 25; Ahmad Rushdi Jumadi, 23; Muhammad Nur Shafiq Abdullah, 25; Muhammad Haikal Zulkarnain, 19; Mohamad Amierul Hakim Shamsuri, 23; Mohamad Danish Hakim Kamaruddin, 20; dan Syamsul Hamiziey Saiful Razali, 19.

Mereka bersama dua lagi yang masih bebas didakwa melakukan pemerasan terhadap Muhammad Faris Syahmi Mohd Ridzwan, 22, dengan mengugut akan terus memukul mangsa sekiranya tidak menyerahkan wang sebanyak RM3,000.

Mangsa kemudiannya menyerahkan wang tunai RM650 dan kunci motosikal Yamaha Y16 kepada Mohamad Amierul Hakin kerana bimbang akan keselamatannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pertuduhan kedua, tujuh daripada mereka turut didakwa mencederakan mangsa, namun Bella tidak termasuk dalam pertuduhan tersebut.

Manakala bagi pertuduhan ketiga, semua tertuduh termasuk Bella serta dua lagi yang masih bebas didakwa secara bersama telah mengurung mangsa secara salah dan mereka juga menafikan pertuduhan keempat iaitu mengugut mangsa dengan niat menakutkan secara jenayah serta mengancam hendak menyebabkan kematian.

Kesemua kesalahan ini didakwa berlaku di sebuah pangsapuri di Plentong, Masai antara jam 10 malam hingga 4 pagi, pada 18 hingga 19 April lalu.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 384, Seksyen 342, Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau kedua-duanya sekali jika disabitkan bersalah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nur Fatihah Mohd Nizam dan Nik Noraini Nik Azman, dan beberapa tertuduh hadir dengan peguam masing-masing iaitu Nurul Nadia Yunos, T Haressh, Khairulazwad Sariman dan Syahmi Nawawi manakala Bella bersama empat lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan semua kes dibicarakan bersama dan menetapkan 18 Julai depan untuk penyerahan dokumen serta lantikan peguam bagi tertuduh yang belum diwakili.

Jaminan ke atas kesemua tertuduh turut diteruskan seperti yang ditetapkan dalam prosiding terdahulu.

Foto: Utusan Malaysia

Sebelum prosiding bermula, beberapa tertuduh dilihat mengalirkan air mata ketika melihat kehadiran ahli keluarga yang menunggu di luar kamar mahkamah.

Pada 25 April lalu, semua tertuduh dilaporkan mengaku bersalah sebelum menukar pengakuan hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kes ini mendapat perhatian selepas beberapa video insiden tular di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki dipukul sekumpulan individu di sebuah rumah dipercayai di Pasir Gudang dan kesemua mereka ditahan pada 21 April lalu ketika cuba melarikan diri dari lokasi kejadian.

Sumber: Harian Metro (Mohamed Farid Noh)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Manchester United membawa pulang pulangan lumayan hasil daripada siri jelajah pra-musim mereka ke Asia, meskipun memulakan kempen tersebut dengan kekalahan mengejut kepada pasukan ASEAN...

Spotlight

Pelakon Ed Gale yang memainkan watak sebagai Chucky dalam filem Child’s Play telah menghembuskan nafas terakhir pada umur 61 tahun. Ed Gale, pelakon watak...

Sosial

Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan tindakan biadab seorang pelajar lelaki terhadap guru wanita, dipercayai berlaku di sebuah sekolah menengah tempatan. Dalam...

Politik

Aktivis dan artis grafik, Fahmi Reza mendakwa dirinya sekali lagi dihalang daripada memasuki Sabah selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, hari ini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd