Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Demi Anak Bangsa, Bakal Guru Cekal Tamatkan Pengajian Walau Hidap Kanser Tahap Empat

Bakal Guru Cekal Tamatkan Pengajian

Di sebalik ujian berat apabila disahkan menghidap kanser payu dara tahap empat, Aisyah Humaira’ Mohd Aqbal tetap cekal menamatkan pengajian dan bertekad bergelar pendidik demi anak bangsa.

Penuntut Ijazah Sarjana Muda Bahasa Melayu Pendidikan Rendah dari Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman itu berkata semangatnya untuk menjadi guru tidak pernah padam walaupun terpaksa menjalani rawatan dan menanggung kesakitan.

“Saya sudah habis belajar di IPG lima tahun, saya nak teruskan untuk berbakti kepada anak bangsa dan teruskan kerjaya saya sebagai guru.
“Sakit bukan alasan dan saya tak nak siakan-siakan perjuangan saya selama lima tahun setakat itu sahaja,” katanya ketika ditemui selepas Istiadat Konvokesyen IPG Kementerian Pendidikan Malaysia ke-15 di Bangi Avenue Convention Centre, hari ini.

Bakal Guru Cekal Tamatkan Pengajian

Majlis konvokesyen itu membabitkan 5,390 graduan dari seluruh negara dan penganugerahan disampaikan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Aisyah yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik disahkan menghidap kanser pada Februari 2024 ketika masih menuntut di IPG Kampus Sarawak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Kekurangan Fizikal Bukan Penghalang, Bekas Pesakit Kanser Mata Syukur Dapat Tunai Haji

Bagi memudahkan rawatan, dia memohon pertukaran ke IPG Kampus Darulaman dan berjaya menamatkan pengajiannya di sana.

“Walaupun menghidap kanser, Alhamdulillah urusan pengajian juga dipermudahkan oleh Allah SWT dan berjalan lancar,” katanya.

Aisyah turut menzahirkan rasa syukur atas bantuan dan sokongan pensyarah serta rakan-rakan yang banyak membantunya menyiapkan tugasan dan menyediakan bahan pembelajaran terutama selepas pertukaran kampus.

Kini selepas berjaya menggenggam segulung ijazah, Aisyah berharap dapat segera menyambung khidmat sebagai guru demi mendidik generasi akan datang dan menjadikan kisah hidupnya sebagai bukti bahawa sakit bukan penghalang untuk berjaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid)

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kisah seorang pemuda, Amirrul Mukminin bin Mohd Zain yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan dari tempat kerjanya,...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki yang muncul dalam video promosi restoran Rembayung milik Khairul Aming menjadi perhatian apabila didakwa netizen sebagai anak buah kepada pempengaruh media...

Lokal

Keluarga Allahyarham Syakirah Hanan Mazli, 25, reda dan berlapang dada menerima permohonan maaf daripada keluarga pemandu kereta Honda Jazz yang terbabit dalam kemalangan ngeri...

Lokal

Seorang wanita tempatan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas melawat suaminya di Hospital Shah Alam kelmarin telah ditemui dalam keadaan selamat. Menurut laporan BH...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd