Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

“Assalamualaikum… nama saya Zara Qairina, baru berusia 10 hari”

Seorang bayi perempuan yang baru berusia 10 hari diberi nama sama seperti pelajar Tingkatan Szatu, Allahyarham Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia pada 17 Julai lalu selepas ditemui tidak sedarkan diri di longkang sebuah asrama sekolah di Kota Kinabalu, Sabah.

Nama saya Zara Qairina

Perkongsian menyentuh hati itu dibuat oleh seorang pengguna laman Facebook dikenali sebagai Norazlina Sadzali atau lebih mesra dengan gelaran Misi Konah.

Menerusi hantaran tersebut, jururawat itu menulis seakan-akan dari sudut suara si kecil itu, menceritakan kisah kehidupan penuh dugaan ibunya yang membesarkan anak-anak dalam keadaan serba kekurangan.

Nama saya Zara Qairina

Assalamualaikum, nama saya Zara Qairina. Saya baru berusia 10 hari. Tiada suara bapa mengiqamatkan saya masa saya lahir. Saya hanya dengar suara mak berselawat di telinga saya, dan teresak-esak sesekali,” tulisnya baru-baru ini.

Bayi berkenaan dikatakan mempunyai seorang abang berusia 11 tahun yang tidak bersekolah kerana faktor kewangan dan jarak selain ibunya yang menghidap kencing manis juga sering berulang-alik ke klinik dengan pelbagai cara, termasuk berjalan kaki sejauh lebih lima kilometer.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Masa mak saya mengandungkan saya, abang saya jadi teman setia mak. Kadang-kadang pergi klinik naik Grab, kadang-kadang tumpang kawan, kadang-kadang tumpang jururawat, kadang-kadang jalan kaki lebih dari lima kilometer.
“Berpanas, berhujan itu perkara kecil untuk mak dan abang,” katanya.

Lebih memilukan, Norazlina turut menceritakan bahawa ibu bayi itu sedang berdepan konflik rumah tangga dan bakal berpisah dengan suaminya.

Artikel lain: Bukan Spekulasi, Tuduhan Kes Buli Zara Qairina Berdasarkan Bukti – AGC

Lepas saya lahir mak dan ayah (yang tidak pernah saya dengar suaranya itu) akan berpisah. Kenapa agaknya mak dan ayah nak berpisah…tulis hantaran tersebut lagi.

Sementara itu, Norazlina berkongsi bahawa bayi berkenaan kini perlu menjalani rawatan susulan kerana bacaan kuningnya tinggi, namun ibunya buntu memikirkan cara untuk berulang-alik ke klinik kerana kekangan kewangan.

Nama saya Zara Qairina

Doakan rezeki saya, mak saya dan abang saya murah ye orang-orang budiman. Terima kasih jururawat yang selalu tumpangkan mak, belanja mak dan abang makan (bukan Misi Konah).
“Doakan saya menjadi anak yang berhati waja macam mak saya, dan menjadi anak solehah seperti bidadari syurga, Zara Qairina,” kongsinya.

Sempena nama arwah Zara, sebab tu nama saya Zara Qairina

Pada masa sama, Norazlina mendedahkan bahawa nama bayi tersebut dipilih bersempena nama Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

Advertisement. Scroll to continue reading.
Misi Konah tanya nama bayi comel ni apa? Mak dia kata nama pelajar agama yang meninggal di Sabah tu, Zara Qairina. Allah…sebaknya,” luah Norazlina.

Nama saya Zara Qairina

Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu menerima hampir 5,000 tanda suka, dikongsi semula sebanyak 2,700 kali dan ratusan komen dalam kalangan netizen.

Sumber: Facebook Norazlina Sadzali

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Seorang ahli politik Singapura dari People’s Power Party (PPP), Derrick Sim, memuji kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambil menyifatkan beliau sebagai antara...

Sosial

Seorang pelanggan lelaki meluahkan rasa kecewa selepas staf di sebuah arked permainan mendakwa dia menghentam mesin ketika sedang bermain sejenis permainan perlumbaan kereta. Lelaki...

Lokal

Seorang tukang rumah warga Indonesia dikenakan enam saman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka selepas ditahan menunggang motosikal milik majikannya tanpa lesen memandu dalam...

Nasional

Bekas Panglima Tentera Darat Malaysia (TDM) Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang ini dipercayai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd