Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Anwar Perjelas Harga Barang Keperluan Jauh lebih Rendah Berbanding Dahulu

Masih terdapat sesetengah pihak yang menyelar Kerajaan MADANI seolah-olah tidak melakukan apa-apa bagi menangani soal kos sara hidup rakyat sepanjang mengetuai pentadbiran negara.

Menerusi laporan Bernama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata harga barangan keperluan seperti ayam, telur dan minyak masak masih rendah dan stabil jika dibandingkan ketika di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu.

Foto: Free Malaysia Today

“Jangan lupa sekitar 2021, 2022 harga ayam adalah RM13 (sekilogram) (kg), sekarang jauh lebih rendah ada yang RM9/kg, RM9.50/kg.
“Dia (pembangkang) ingat kita lupa, masa dia jaga (mentadbir kerajaan) (harga) minyak masak 5kg cecah RM45 hingga RM50, sekarang sekitar RM27. Telur ayam – sampai tiada telur (dalam pasaran). Sekarang Alhamdullillah stabil,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata demikian menerusi Majlis Perhimpunan Bulanan bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya, hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz.

Dalam pada itu, Anwar berkata kegiatan sindiket penyeludupan yang membabitkan beberapa anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia amat menyedihkan, lebih-lebih lagi jabatan itu terletak di bawah Kementerian Kewangan.

Foto: Utusan

“Orang yang meremehkan isu rasuah, lupa bahawa dalam satu jabatan kecil dari pasukan keluarga kastam itu, masih boleh sebabkan kerugian hampir RM2 bilion kepada negara.
“Bayangkan kalau ini berlaku dengan ketirisan minyak diesel, minyak masak yang diambil oleh kalangan tertentu …kalau kita boleh kumpulkan semua, kita boleh selamatkan puluhan bilion ringgit,” ujarnya lagi.

Anwar seterusnya menekankan aspek penguatkuasaan bagi membendung ketirisan kerajaan, dan menurutnya sebagai kerajaan bertanggungjawab, semua pihak perlu memikirkan kaedah terbaik dalam memastikan bantuan dan subsidi dapat disalurkan kepada golongan sasar seperti yang dilakukan menerusi penyasaran semula subsidi elektrik.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengenai Sumbangan Asas Rahmah (Sara) pula, beliau berkata peruntukannya meningkat lima kali ganda iaitu daripada RM130 juta pada 2023 kepada RM700 juta pada tahun ini dengan kadar SARA dinaikkan RM1,200 tahun ini berbanding RM600 tahun sebelumhya.

Malah kumpulan penerima sumbangan berkenaan juga telah ditambah dan diperluas kepada 700,000 penerima dalam kategori miskin tegar dan miskin pada tahun ini, berbanding hanya 210,000 merangkumi golongan miskin tegar pada 2023.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Sebuah kapal tangki milik syarikat China yang tersenarai dalam sekatan Amerika Syarikat (AS) dilaporkan berjaya melalui Selat Hormuz pada Selasa, sekali gus mencatatkan laluan...

Sosial

Satu pementasan teater di sebuah universiti terkemuka mencetuskan perdebatan apabila didakwa menampilkan babak yang disifatkan melampau termasuk adegan di atas katil serta aksi sentuhan...

Sosial

Netizen mendakwa seorang wanita yang dibelasah dan dilanggar suaminya dalam kejadian tular sebelum ini ada meluahkan penantian menunggu lelaki tersebut keluar dari penjara. Menerusi...

Spotlight

Penyanyi sensasi, Justin Bieber mencuri perhatian ramai apabila tampil dengan konsep luar biasa di festival muzik terkenal, Coachella. Bawa laptop nyanyi lagu lama Memetik...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd