Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Jangan Buat Spekulasi! Anggota Polis Bukan Terima Rasuah Tapi Keluarkan Saman

Anggota Polis Bukan Terima Rasuah

Polis menafikan dakwaan dalam rakaman video tular di aplikasi TikTok kononnya pegawai polis menerima rasuah daripada pemandu kenderaan di Persiaran Jalil Utama, Bukit Jalil, pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, hasil semakan mendapati kejadian jam 11.20 pagi melibatkan empat pegawai polis yang sedang menjalankan rondaan cegah jenayah.

“Tindakan yang diambil anggota polis ketika itu adalah mengeluarkan saman terhadap kenderaan yang didapati menghalang lalu lintas,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Anggota Polis Bukan Terima Rasuah

Menurut Mohd Rosdi, pihak polis turut menasihatkan pemilik kenderaan supaya mengalihkan kenderaan, mendaftar aplikasi Volunteer Smart Phone Patrol (VSP) PDRM, serta mengambil butiran pemilik kenderaan untuk tujuan rekod.

Dua keping saman telah dikeluarkan terhadap pemandu dan sebuah lagi kenderaan kerana kesalahan menghalang aliran lalu lintas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Polis Sahkan Proses Pindah Berhala Kuil Rawang Selesai, Pemilik Tanah Ambil Alih Kerja Pembersihan

“Polis Diraja Malaysia komited untuk terus memelihara integriti dan kepercayaan masyarakat terhadap institusi kepolisan demi keselamatan dan kesejahteraan negara,” tambah beliau.

Orang ramai yang mempunyai maklumat lengkap dan sahih mengenai kejadian itu boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999, Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050 / 5051, atau mana-mana balai polis berdekatan.

Sumber: FB Polis KL

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di...

Sukan

Barcelona mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pemakanan khas bagi pemain muda mereka, Lamine Yamal, supaya beliau dapat menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan tanpa...

Sosial

“Dia sorang je berani gigit inspektor.” Itu antara komen netizen terhadap satu video yang dimuat naik oleh wanita dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’ di aplikasi...

Dunia

Trump Perkenal Duti Baharu 10 Peratus! Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Jumaat mengumumkan beliau akan mengenakan tarif baharu sebanyak 10 peratus ke...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd