Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Aaron-Wooi Yik Dinobat Olahragawan Kebangsaan Buat Kali Kedua

Kejayaan mempertahankan pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 membuka tirai gemilang buat gandingan badminton lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik apabila mereka dinobat sebagai Olahragawan Kebangsaan 2024 pada majlis Anugerah Sukan Negara (ASN), sebentar tadi.

Menurut laporan Berita Harian, lebih manis ini merupakan kali kedua mereka meraih pengiktirafan berprestij itu selepas kejayaan sulung pada tahun 2022, sekaligus mengukuhkan status mereka sebagai antara atlet terbaik negara.

Foto: Kosmo!

Pasangan yang kini menduduki rangking kelima dunia itu menewaskan empat calon lain bagi anugerah tersebut iaitu jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia, Wong Weng Son (wushu), Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat) dan Abdul Latif Maxzakir (silat).

Antara pencapaian terbaik Aaron-Wooi Yik sepanjang tahun lalu termasuk menjuarai Masters Korea, muncul naib juara Kejohanan Badminton Berpasukan Asia, serta mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Asia.

Sementara itu, atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah, mencipta sejarah tersendiri apabila diangkat sebagai Olahragawati Kebangsaan 2024, sekali gus menjadi atlet boling padang pertama yang meraih gelaran berprestij tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Farah, 24 menewaskan pencabar hebat seperti  Sin Li Jane (boling), Tan Cheong Min (wushu), Nurul Izzah Izzati Mohd Asri (berbasikal trek) dan Nor Farah Mazlan (silat).

Foto: Berita Harian

Keuncak pencapaian Nor Farah adalah kejayaan meraih pingat emas acara individu wanita pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands, April 2024.

Anugerah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang berkenan berangkat menyempurnakan majlis ASN 2024.

Dalam kategori paralimpik, atlet powerlifting negara Bonnie Bunyau Gustin sekali lagi mencatat sejarah apabila diumum sebagai Olahragawan Paralimpik 2024, mempertahankan gelaran yang dimenanginya tahun lalu.

Bagi kategori wanita, atlet boling padang para, Hasmunirah Malik, dinobat sebagai Olahragawati Paralimpik 2024 selepas menewaskan pesaing lain termasuk Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais dan Nur Suraiya Muhamad Zamri (berbasikal para), Noor Askuzaimey Mat Salim (boccia), serta Noor Imanina Idris (para olahraga).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Berita Harian (Sukhairi Thani)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu menjatuhkan hukuman penjara 34 tahun terhadap finalis MasterChef Malaysia, Etiqah Siti Noorashikeen Sulang dan bekas suaminya, Mohammad Ambree Yunos selepas...

Lokal

Seorang individu dikenali sebagai Tok Singa bersama tiga lagi pengamal perubatan tradisional dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu selepas didapati...

Lokal

Komandan Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Datuk Johnny Lim Eng Seng mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi individu berbangsa Cina pertama yang dinaikkan pangkat ke Leftenan...

Sosial

Baru-baru ini, tular di media sosial memaparkan seorang penunggang motosikal atau rider berkuasa tinggi dari Indonesia dipercayai enggan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd