Sekitar 60 hektar ladang kelapa sawit di Kampung Jemeri, Kuala Rompin dilaporkan terbakar petang tadi.
Tiada nyawa terkorban
Memetik laporan Berita Harian, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.41 petang, sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Rompin tiba di lokasi pada jam 3.15 petang.
Beliau menjelaskan bahawa kebakaran di dua pertiga kawasan telah berjaya dikawal.
“Operasi pemadaman ditangguhkan pada 5.15 petang dan akan disambung semula esok bagi memadamkan sepenuhnya kebakaran di kawasan terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Artikel lain: Kebakaran Hutan Baharu Dilapor Di Los Angeles, Ribuan Penduduk Diarahkan Berpindah
Selain itu, beliau menambah tiada mangsa dilaporkan terlibat, dan operasi pemadaman melibatkan sembilan anggota bomba serta empat pekerja ladang.
Sumber: Harian Metro







































