Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

19 Ekor Kambing, 4 Buah Kenderaan Rentung Kandang Terbakar

Sebanyak 19 ekor kambing terkorban dalam satu kejadian kebakaran yang memusnahkan sebuah kandang ternakan di Kampung Jawa, Bayan Lepas, tengah hari Selasa.

Menurut laporan Utusan Malaysia, kebakaran itu turut mengakibatkan kemusnahan ke atas tiga buah kereta dan sebuah lori yang berada berhampiran lokasi kejadian, dengan tahap kerosakan dianggarkan antara 30 hingga 90 peratus.

Foto: Utusan Malaysia

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut pada jam 12.58 tengah hari.

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru segera dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak berhampiran sebuah kilang.
“Sebaik tiba, kami dapati kandang berkenaan hampir musnah dan 19 daripada 20 ekor kambing yang diternak di situ telah mati rentung. Empat buah kenderaan termasuk sebuah lori juga rosak teruk akibat kebakaran itu,” katanya.

Foto: Kosmo!

Api berjaya dikawal kira-kira jam 1.07 petang dan operasi pemadaman selesai sepenuhnya pada jam 2.21 petang.

Tambah beliau, tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian itu, dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Sumber: Utusan Malaysia

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Seramai 500 hingga 800 keluarga dalam kalangan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka menerima manfaat menerusi pelaksanaan Program Cakna Autisme ATM yang diperkenalkan oleh...

Lokal

Ibu kepada bayi berusia tujuh bulan yang maut dalam kemalangan melibatkan motosikal dan kereta di simpang Jalan Bunga Kertas, Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada...

Lokal

Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) muncul juara dalam Pertandingan Semburan Aerosol Automotif Terbesar Asia, menerusi penyertaan pengajar dan empat pelatih Bahagian Pengajian...

Dunia

Iran hari ini memberi amaran bahawa dunia perlu bersedia menghadapi harga minyak mencecah AS$200 setong, susulan serangan kapal dagang semalam, ketika International Energy Agency...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd