Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Ucap Selamat Datang, Peminat Minta Anwar Tawarkan Tiket Konsert Coldplay ‘Rahmah’

Berita mengenai kemunculan kumpulan muzik tersohor antarabangsa Coldplay membuat persembahan di Malaysia sememangnya mendapat perhatian ramai terutama di kalangan peminat.

Sebaik sahaja khabar gembira itu dikongsikan, masing-masing tidak henti menyatakan perasaan gembira termasuklah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam sayu hantaran, Anwar turut mengucapkan selamat datang kepada Coldplay yang akan menjayakan konsert mereka di Kuala Lumpur pada 22 November depan.

“Coldplay, selamat datang ke Malaysia. Let us work together, protect our environment and keep the world safe. Terima kasih,”ujarnya.
View this post on Instagram

Advertisement. Scroll to continue reading.

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

Hantaran berbentuk ucapan itu mendapat perhatian ramai di mana rata-rata warganet sempat berseloroh dan berharap agar Anwar dapat mempertimbangkan penawaran harga tiket ‘Rahmah’.

Sekadar info, kumpulan Coldplay ini dianggotai ole Chris Martin, Johnny Buckland, Guy Berryman dan Will Champion dan mereka cukup popular dengan lagu-lagu seperti My Universe, Yellow, Hymn for the Weekend, Fix You, Viva La Vida dan banyak lagi.

Mereka telah melakukan siri jelajah sejak Mac 2022 dan menjadi antara artis yang menjual tiket konsert terbanyak di dunia.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Para peminat boleh mendapatkan tiket konsert jelajah Coldplay The Music Of The Spheres World Tour yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil mulai 17 Mei 2023 di laman sesawang www.livenation.my.

Sumber: Instagram @anwaribrahim_my

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Hasrat sepasang suami isteri untuk menyambut kelahiran anak sulung bertukar duka apabila bayi yang dikandung meninggal dunia selepas dilahirkan dalam keadaan songsang di kediaman...

Sosial

Terdahulu tular sebuah video podcast di mana seorang individu bernama DMA Islam menyatakan bahawa tugas wanita selepas berkahwin hanyalah membuka ruang untuk suami dan...

Sukan

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) mengarahkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melaksanakan dua siasatan dalaman secara terperinci berhubung isu pentadbiran sekretariat serta pemalsuan dokumen tujuh pemain...

Lokal

Detik penuh cemas selama hampir dua hari berakhir pagi ini bagi Nurul Natasha Amyra Ishak, 19, apabila jasad suaminya, Elmi Nur Zamani Aizat Abdul...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd