Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.03 petang berhubung kejadian itu.
Tiga Budak Ditemukan Lemas
Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya tiba di lokasi kejadian pada jam 4.10 petang.
“Sebaik tiba, terdapat tiga mangsa terdiri daripada dua kanak-kanak perempuan dan seorang kanak-kanak lelaki, telah terjatuh ke dalam kolam kumbahan berkenaan.
“Kesemua mangsa telah dibawa naik ke tebing kolam oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan.
Artikel lain: Misteri Kehilangan Terbongkar! 6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar
Tambah beliau, ketiga-tiga mangsa didapati tidak sedarkan diri dan sehingga jam 5 petang, pihak bomba masih menunggu pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk pengesahan lanjut.
Identiti mangsa dikenal pasti sebagai Macx Devdynne Sharie Merdeka, 12, bersama adiknya Macx Welwait, 9, dan Daniella Arissa Tayas Ak Maringgai, 10.
“Dua daripada kanak-kanak terbabit merupakan adik-beradik dan kesemua mangsa disahkan meninggal dunia. Mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan seterusnya,” katanya.
Sumber: FB Sinar Harian













































