Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Seksyen 11 WCE Dibuka, KKR Umum Tol Percuma Dua Bulan

Kementerian Kerja Raya (KKR) mengumumkan tol percuma selama dua bulan bermula 12 Mac hingga 11 Mei sempena pembukaan Seksyen 11 Lebuh Raya Pesisiran Pantai Barat (WCE).

Menerusi satu kenyataan, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, Lebuhraya WCE merupakan lebuh raya antara bandar yang menghubungkan Changkat Jering (Perak) ke Banting (Selangor) sepanjang 314.5 kilometer (KM).

Foto: FB Alexander Nanta Linggi

Ia akan dibuka secara rasmi kepada pengguna lebuh raya bermula dari jam 12.01 tengah malam pada 12 Mac 2024, hari Selasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Lebuhraya WCE Seksyen 11 yang dibuka ini melibatkan jajaran sepanjang 35.5 KM yang menghubungkan pengguna secara terus dari lebuhraya PLUS di Changkat Jering ke Beruas, Perak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa merasmikan pembukaan Seksyen 11, Persimpangan Bertingkat Taiping Selatan ke Persimpangan Beruas WCE di Cangkat Jering, Perak hari ini.

Foto: FB Alexander Nanta Linggi

Lebuhraya WCE dijangka menjimatkan masa perjalanan dari Changkat Jering ke Beruas yang hanya mengambil masa 20 minit berbanding 55 minit sebelum ini melalui laluan sedia ada.

“Pengurangan masa perjalanan ini pastinya memberikan penjimatan kos bahan api bagi pengguna yang menuju ke selatan Perak sehingga ke Selangor dan juga merupakan alternatif kepada Lebuhraya Utara Selatan dan mengurangkan kesesakan terutama pada waktu puncak, musim perayaan dan cuti persekolahan,” ujar beliau.

Lebuhraya WCE ini turut menjadi akses lebih mudah untuk ke destinasi pelancongan menarik di negeri Perak dan dapat memangkin penjanaan ekonomi masyarakat setempat yang terkenal dengan makanan serta penghasilan hasil laut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ia juga akan menjadi laluan pilihan utama kepada aktiviti ekonomi logistik yang berurusan secara langsung dengan pelabuhan pelabuhan seperti Pelabuhan Lumut, Pelabuhan Teluk Intan dan Pelabuhan Klang,” tambahnya lagi.

Foto: FB Alexander Nanta Linggi

Di samping itu, ia turut memberi manfaat besar kepada pengguna terutamanya dalam penyuraian trafik, penjimatan masa, penjimatan kos perjalanan (bahan api) dengan pemanduan yang selesa dan selamat.

Hal ini sejajar dengan hasrat Program MYJalan KKR yang ingin menyediakan infrastruktur yang selesa dan selamat kepada pengguna jalan raya.

Turut hadir semasa perasmian ialah Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Hasrat seorang ibu untuk melamar bakal menantunya dua minggu lagi bertukar pilu. Ia selepas anaknya bersama wanita yang ingin dikahwini maut akibat kenderaan utiliti...

Lokal

“Saya masih dalam iddah… saya langsung tidak tahu suami akan berkahwin,” demikian kata Che Norhashimah Hassan, 50, balu kepada Allahyarham Hassan Shazali, 52, yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Prince Syed meluahkan rasa lega apabila tampil bersederhana ketika muncul dalam konten di media sosial. Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula...

Lokal

Mahkamah Persekutuan hari ini memutuskan untuk mengurangkan tempoh pemenjaraan seorang bekas pekerja IT kepada 12 tahun berhubung insiden samseng jalan raya yang meragut nyawa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd