Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Rumah Usang Di Belakang Rembayung Curi Perhatian, Netizen Anggar Nilai Tanah Cecah Jutaan Ringgit

Sebuah rumah lama yang dipercayai sudah lama tidak berpenghuni tiba-tiba menjadi tumpuan ramai selepas satu video mengenainya dimuat naik oleh seorang pengguna Threads, @ratu_alam_semesta.

Video berkenaan memaparkan sebuah rumah usang berwarna oren dengan keadaan persekitaran yang tidak terurus, selain jelas kelihatan beberapa bahagian tingkapnya telah pecah, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai status kediaman tersebut.

Apa yang lebih menarik perhatian netizen ialah lokasi rumah berkenaan yang dikatakan terletak betul-betul di belakang

rumah

Rembayung, restoran milik pempengaruh dan usahawan terkenal, Khairul Aming, di Kampung Baru.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perkongsian itu pantas mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial, khususnya apabila ramai mula menyentuh soal nilai hartanah di kawasan strategik berkenaan.

Artikel lain: Netizen Seberang Harap Khairul Aming Disaman, Dakwa Reka Bentuk Rembayung Tiru Restoran Di Indonesia

Menjengah ke ruangan komen, terdapat netizen yang mendakwa tanah tapak rumah tersebut dianggarkan bernilai antara RM4 juta hingga RM5 juta, memandangkan kedudukannya yang berada di tengah ibu kota serta berhampiran kawasan komersial popular.

Tidak kurang juga yang berseloroh, menyatakan tapak rumah usang itu lebih sesuai dijadikan kawasan parkir kenderaan memandangkan kesukaran mendapatkan tempat meletak kereta di sekitar Kampung Baru, terutama pada waktu puncak.

Advertisement. Scroll to continue reading.

rumah

Meskipun sekadar perkongsian ringkas di media sosial, video itu jelas mencerminkan realiti kontras antara pembangunan pesat di kawasan sekitar dengan kewujudan kediaman lama yang masih kekal berdiri di tengah-tengah arus kemodenan.

Setakat ini, tiada sebarang pengesahan rasmi mengenai status pemilikan atau perancangan masa depan rumah berkenaan, namun perbincangan netizen membuktikan betapa nilai tanah di Kampung Baru terus menjadi topik hangat, apatah lagi apabila melibatkan kawasan berdekatan mercu tanda baharu seperti Rembayung.

Tanah ada banyak nama

rumah

Tanah nak dijual

rumah

Ratakan buat parking

rumah

Sumber: Threads @ratu_alam_semesta

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang lelaki tidak dapat menahan kekecewaan apabila isterinya dicekup dipercayai berkhalwat bersama seorang lelaki lain di sebuah rumah di sini, semalam. Kejadian kira-kira jam...

Sosial

Seorang individu di platform Threads tampil mendedahkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan tindakan seorang lelaki mengasari isterinya di sebuah kawasan premis perniagaan. Berdasarkan...

Lokal

Seorang anggota tentera wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini selepas mengaku bersalah melakukan amang seksual terhadap anak...

Sosial

Seorang anak meluahkan rasa hiba atas pemergian bapanya, dipercayai akibat motosikal ditunggang arwah terperosok bawah sebuah lori dalam kejadian di Lebuhraya Pasir Gudang, Iskandar...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd