Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PM Anwar Ucap Tahniah Kepada Lee Jae-myung, Presiden Baharu Korea Selatan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Lee Jae-myung atas kemenangan dalam pilihan raya dan pelantikan rasmi sebagai Presiden baharu Rebublik Korea.

Menerusi satu kenyataan, Anwar menyifatkan kemenangan Lee sebagai satu titik perubahan penting bagi Korea Selatan, sebuah negara yang telah berjaya bangkit daripada tempoh persaingan politik  sengit dan penelitian awam dengan semangat ketabahan serta komitmen terhadap nilai-nilai demokrasi.

Foto: FB Anwar Ibrahim

“Ini menandakan permulaan baharu buat Korea Selatan. Rakyatnya telah bersuara demi pembaharuan, memperkukuh kepercayaan, institusi, dan tujuan kebangsaan,” katanya di laman Facebook hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan turut menyatakan kesediannya untuk bekerjasama erat dengan Presiden Lee dalam usaha memperdalam hubungan dua hala antara Malaysia dan Korea Selatan.

Beliau menggariskan beberapa bidang utama kerjasama termasuk perdagangan, teknologi, keamanan dan keselamatan, serta hubungan yang berkekalan antara kedua-dua negara.

Jelasnya, hubungan Malaysia-Korea Selatan telah dipertingkatkan ke tahap Strategic Partnership pada November 2024, satu pencapaian penting yang mencerminkan cita-cita dan harapan bersama kedua-dua negara ke arah kerjasama lebih menyeluruh.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anwar turut menegaskan harapan Malaysia agar ASEAN memainkan peranan lebih besar dalam dasar serantau Seoul.

Dengan Malaysia bakal mempengerusikan ASEAN dan APEC pada tahun 2025, beliau yakin Malaysia dan Korea Selatan berada dalam kedudukan terbaik untuk memacu inisiatif serantau yang berimpak tinggi dan berdaya tahan, khususnya dalam menghadapi ketidaktentuan global.

“Saya tidak sabar untuk bertemu Presiden Lee di Kuala Lumpur pada Oktober ini sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang akan dipengerusikan Malaysia, dan sekali lagi di Gyeongju untuk Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC,” ujarnya.

Mengakhiri kenyataannya, Anwar mendoakan agar Presiden Lee dikurniakan kebijaksanaan dan kejayaan dalam menggalas amanah besar sebagai pemimpin negara.

Sumber: Facebook (Anwar Ibrahim)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Selepas mengaku bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka atas cubaan melakukan persetubuhan haram, Cikgu Fadilah tampil membuat laporan polis selepas mendapati video  dirinya tersebar...

Sosial

Tular dengan kontroversi hubungan terlarang, pasangan yang digelar sebagai ‘Abang Wiring’ dan ‘Cikgu Fadilah’ akhirnya mengaku bersalah atas pertuduhan cubaan melakukan zina di Mahkamah...

Lokal

Seorang guru sekolah dan lelaki dikenali sebagai ‘abang wiring’ mengaku bersalah atas kesalahan cuba melakukan zina, dalam satu prosiding di Mahkamah Tinggi Syariah Melaka,...

Sosial

Majlis sambutan hari lahir seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun mencuri perhatian ramai apabila ibunya yang juga seorang usahawan habiskan RM1 juta dengan menghadiahkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd