Sahabat merupakan orang paling hampir dan tempat ternyaman untuk seseorang berkongsi cerita tidak kira suka mahupun duka.
Pemuda imamkan solat jenazah rakan baik
Tular di media sosial, pemuda dengan nama Faddzlie meluahkan rasa rindu setelah pemergian rakan baiknya yang dikenali sebagai Hezri Azril.
Menurut perkongsian di TikTok Faddzlie, dia bersyukur kerana dapat menunaikan janjinya mengimamkan jenazah Hezry dan terkenang momen bersama ketika sahabat baiknya masih hidup.
“Aku dah tunaikan janji aku untuk imamkan kau Hez, rehatlah kau dah ada rumah yang nyaman kat sana. Banyak memori kita bersama sampai tak terkira,” kata Faddzlie pada Ahad.
Dalam pada itu, pemuda tersebut memberitahu sahabatnya itu sentiasa ada di sisinya tidak kira pada waktu senang ataupun susah dan sering menjadi penyeri dalam persahabatan mereka.
“Setiap saat kita bersama, mesti akan ada gelak tawa, senyum mesra, bunyi petikan gitar dan nyanyian suara kau yang merdu.
“Dalam kelas kau akan selalu ajak aku duduk sebelah, buat tutor sama-sama, bincang sama-sama sampai kadang tidur dalam kelas pun sama-sama.
“Tapi sekarang kau dah tidur seoranng Hez, jauh pula tu, jujur kata aku memang rindu setiap perbuatan kau yang ceriakan hari-hari aku,” jelasnya.
Pemuda itu juga berharap agar arwah berbangga dengan kehadirannya dan bersyukur kerana bertemu sahabat yang sentiasa menjadi inspirasi memberi semangat untuk berjaya dalam kehidupan.
“Aku harap kau bangga dengan aku macam mana aku bangga dengan kau.
“Kau idola aku, banyak bagi manfaat dan sangat bersyukur kerana dapat mengenali kau. Hez kau akan sentiasa aku ingat dan ada tempat kat hati ini,” tambahnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, warganet terharu melihat ketulusan hubungan persahabatan dua pemuda ini dan mendoakan agar arwah sahabatnya ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman.
Terima kasih jadi kawan yang baik
Hilang kawan memang sakit
Bukan itu sahaja ada juga pengguna TikTok memberitahu terlihat Faddzli di jabatan forensik menunggu jenazah sahabatnya dengan begitu perasaan yang begitu sedih sehingga tidak mampu memandu kereta pulang ke rumah.
Semoga anak terus kuat
Artikel lain: Tak Kejar Tempat Pertama, Murid Tolak Kerusi Roda Rakan Sambil Lari Rentas Desa
Difahamkan Allahyarham Hezri Azril meninggal dunia disebabkan terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 26 April yang lalu.
