Selepas lebih tiga minggu bertarung nyawa, pelajar Tingkatan Tiga, Ahmad Irfan Ahmad Hanafi, 15, yang dipercayai terjatuh dari tingkat tiga asrama sebuah sekolah di sini pada 26 Ogos lalu, dilaporkan sudah sedar.
Menurut laporan Harian Metro, perkara itu disahkan bapa saudaranya, Muhammad Aidil Mansor, 34.
“Alhamdulillah, Ahmad Irfan sudah sedar,” katanya.
Artikel lain: Polis Siasat Kes Pelajar Tingkatan Tiga Kritikal Jatuh Dari Tingkat Tiga
Menurutnya, remaja itu kini masih dirawat di Hospital Sungai Buloh, namun beliau enggan berkongsi butiran lanjut mengenai keadaan terkini.
“Saya tak berani nak komen lebih, biarlah ibu bapa Ahmad Irfan sendiri yang maklumkan,” ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, pada 7 September lalu media melaporkan kertas siasatan kes itu telah dirujuk kepada Pengarah Pendakwann Negeri (PPN)

Foto: Carian Google
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar, memaklumkan siasatan berhubung insiden berkenaan sudah dilengkapkan, dan pihaknya kini menunggu arahan seterusnya daripada PPN.
Beliau sebelum ini turut menjelaskan siasatan dilakukan daripada pelbagai aspek termasuk keselamatan pelajar, pengurusan asrama, selain latar belakang sosial mangsa dan rakan-rakannya.
Sumber: Harian Metro (Aimn Hamsuddin)
