Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Wanita Nyaris Maut, Siling Pawagam Runtuh Ketika Tonton Filem Final Destination

Satu insiden cemas berlaku di sebuah pawagam di La Plata pada 19 Mei lalu apabila sebahagian siling dalam dewan tayangan runtuh ketika penonton sedang menonton filem seram Final Destination: Bloodlines.

Menurut laporan MSN, mangsa kejadian, Fiamma Villaverde, seorang wanita berusia 29 tahun, mengalami kecederaan ringan selepas terkena serpihan siling yang jatuh di Cinema Ocho.

Foto: dailymail

Ketika itu, dia hadir ke pawagam bersama anak perempuannya yang berusia 11 tahun dan seorang rakan untuk meraikan hari lahirnya.

Villaverde pada awalnya menyangka bunyi kuat yang didengari merupakan sebahagian daripada babak dalam filem berkenaan.

“Pada mulanya kami fikir ia adalah kesan bunyi dari filem sebab kami begitu fokus, tapi tiba-tiba satu bahagian besar jatuh ke atas saya,” katanya.

Foto: dailymail

Villaverde bernasib baik kerana ketika kejadian, dia sedang bersandar ke sisi kerusi, menyebabkan kepalanya terselamat daripada terkena serpihan tersebut secara langsung.

“Saya terfikir, bagaimana kalau benda itu jatuh atas kepala anak saya?,” ujarnya.

Akibat kejadian itu, dia mengalami lebam pada beberapa bahagian badan dan belum dapat kembali bekerja selama beberapa hari.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Villaverde memaklumkan bahawa dia telah menghubungi seorang peguam dan bercadang untuk memfailkan aduan rasmi terhadap pengurusan pawagam, serta dia juga telah meminta bayaran balik tiket sebagai langkah awal.

Foto: dailymail

Filem Final Destination: Bloodlines merupakan filem keenam dalam siri francais terkenal Final Destination, yang terkenal dengan tema kematian akibat ‘melawan takdir’. Filem ini mengisahkan seorang pelajar kolej bernama Stefani, lakonan Kaitlyn Santa Juana, yang cuba menyelamatkan ahli keluarganya daripada sumpahan maut yang berulang.

Insiden yang berlaku di pawagam Cinema Ocho nyata menimbulkan ironi kerana jalan cerita filem tersebut berkisar tentang insiden maut yang berlaku tanpa diduga, seolah-olah adegan filem itu terbawa ke dunia nyata dan mujur tiada kematian direkodkan dalam kejadian tersebut.

Final Destination: Bloodlines mula ditayangkan di seluruh dunia pada 16 Mei dan telah mencatat kutipan lebih daripada USD180 juta dalam tempoh lebih seminggu tayangan.

Foto: dailymail

Sementara itu, pihak pengurusan pawagam masih belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian ini.

Sumber: MSN (Yasmeen Hamadeh)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Nasional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Ketua...

Nasional

Malaysia Airlines mengesahkan dua penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Timur Tengah terpaksa berpatah balik dan dilencongkan susulan peningkatan risiko ruang udara. Syarikat penerbangan itu...

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd