Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sosial

Wanita Mohon Maaf Selepas Tular ‘Live’ Didakwa Tidak Berpuasa

Seorang wanita tampil memohon maaf selepas video siaran langsungnya di platform TikTok tular baru-baru ini, dipercayai menunjukkan dirinya tidak menunaikan ibadah puasa.

Menerusi satu muat naik video di TikTok, Najihah menjelaskan bahawa niatnya semasa siaran langsung tersebut hanyalah untuk bersantai dan berinteraksi dengan pengikutnya, tanpa sebarang niat untuk menghina atau mempersenda agama Islam.

“Assalamualaikum dan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadan Al-Mubarak. Tujuan saya buat video ini berkenaan viral di beberapa media sosial tentang tutur kata saya yang tidak menghormati bulan Ramadan dan menyinggung semua perasaan umat Islam,” katanya pada Isnin.

Video yang tular itu memaparkan Najihah berinteraksi dengan pengikutnya secara langsung sambil didakwa minum air secara terbuka, tindakan yang dianggap tidak menghormati bulan Ramadan sekali gus mengundang kecaman warganet.

Terdahulu, wanita itu telah ditahan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan disiasat di bawah Seksyen 50 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 atas kesalahan menghina atau mencela agama Islam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Najihah menegaskan bahawa semasa sesi siaran langsung tersebut, dia memang tiada niat untuk mempersendakan agama Islam sebaliknya semua tindakan itu berlaku secara tidak sengaja.

“Semasa live itu, saya memang tidak ada niat pun nak berkasar, menyakiti hati netizen, atau mencemarkan agama. Saya akui bahawa saya tidak berpuasa sewaktu itu, dan saya juga sedar akan kesilapan saya,” ujarnya.

Najihah turut mengakui kesilapannya dan memohon maaf secara menyeluruh kepada seluruh rakyat Malaysia serta umat Islam, sambil menjadikan pengalaman itu sebagai pengajaran untuk lebih berhati-hati pada masa hadapan.

“Dengan rendah diri, saya memohon maaf daripada atas rambut sampai hujung kaki kepada seluruh rakyat Malaysia, umat Islam, atas kelakuan saya semasa live di TikTok.
“Ini menjadi pengajaran buat saya agar lebih waspada pada masa akan datang. Saya harap semua memaafkan kelakuan saya yang tiada adab semasa live itu. Yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datang daripada diri saya,” kata Najihah lagi.

Sumber: TikTok @ehhnajihah361998

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penuntut sebuah universiti tempatan direman selama empat hari bagi membantu siasatan berikutan tular gambar lelaki memijak Al-Quran di media sosial, hari ini. Ketua...

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Dunia

Indonesia merancang untuk menghantar jururawat ke Malaysia susulan perkembangan pesat hospital swasta di negara ini, menurut Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Mohammad Iman Hascarya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd