Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Vicente Umum Tinggalkan Skuad Harimau Malaya Selepas Piala AFF 2024

Pengendali skuad Harimau Malaya, Pau Marti Vicente mengejutkan pelbagai pihak dengan pengumuman keputusannya untuk meninggalkan pasukan kebangsaan.

Foto: Facebook Football Association of Malaysia

Menurut laporan Buletin TV3, Vicente menjelaskan keputusannya berundur adalah hasil daripada penstrukturan semula pengurusan pasukan kebangsaan.

Beliau menyatakan Piala AFF 2024 akan menjadi tugasan terakhirnya sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam kenyataannya, ketua jurulatih dan barisan kejurulatihan Harimau Malaya yang baharu akan dilantik untuk kempen Kelayakan Piala Asia 2027 mulai tahun depan sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula ini.

Jurulatih dari Sepanyol itu mengungkapkan rasa gembiranya dengan perjalanan tiga tahun bersama Malaysia yang penuh kenangan.

“Saya ingin memaklumkan bahawa Piala ASEAN 2024 akan menjadi tugasan terakhir saya sebagai ketua jurulatih Harimau Malaya.
“Berikutan itu, saya dan barisan kejurulatihan akan menamatkan perkhidmatan kami bersama skuad Harimau Malaya pada akhir kempen Piala ASEAN 2024.
“Adalah satu yang menyeronokkan untuk meneruskan perjalanan ini bersama-sama kerana kami mengharungi tiga tahun yang menakjubkan di Malaysia yang dipenuhi dengan kenangan yang tidak dapat dilupakan.
“Pasukan kebangsaan akan terus bermain untuk mempertahankan maruah Malaysia,” katanya.

Foto: Facebook Football Association of Malaysia

Sebagai rekod, Vicente dilantik pada Ogos tahun lalu menggantikan Kim Pan Gon yang meletakkan jawatan sebelum ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sepanjang tempoh kepimpinannya, Vicente membawa Malaysia meraih tiga kemenangan, satu seri dan satu kekalahan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka akan segera mengumumkan struktur baharu Harimau Malaya dalam tempoh terdekat.

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Insiden menyayat hati melibatkan bot pelancong terbalik di perairan Pulau Perhentian pada malam Sabtu lepas kini mengundang kemarahan ramai apabila pemandu bot terbabit disahkan...

Lokal

Tiga mayat yang dipercayai merupakan sekeluarga ditemukan dalam keadaan mereput di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal di Seremban pada petang Selasa. Menurut laporan...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memberi amaran kepada orang ramai untuk tidak melakukan perkara-perkara khurafat di kawasan perkuburan mangsa nahas bas di Gerik,...

Sosial

Tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki warga emas dihalau keluar daripada surau Musolla Halaman 11, Bandar Rimbayu, hanya kerana duduk beriktikaf...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd