Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ustaz Azhar Idrus Tiada Tauliah Mengajar Agama Islam Di Selangor – Pengarah JAIS

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan pendakwah popular, Ustaz Azhar Idrus tidak mempunyai tauliah mengajar agama Islam di negeri tersebut.

Menurut laporan Sinar Harian, Pengarah JAIS, Datuk Shahzihan Ahmad berkata, ketetapan tersebut tertakluk kepada undang-undang dan peraturan berkuat kuasa di Selangor.

“Semua individu yang mengajar tentang agama di Selangor perlu mematuhi undang-undang dan peraturan.
“Pihak masjid atau surau tidak boleh menjemput individu yang tidak memiliki tauliah mengajar yang diberikan di bawah Seksyen 118 Enekmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, pendakwah yang mesra dengan panggilan UAI itu memaklumkan Kuliah Maghrib Perdana UAI yang sepatutnya diadakan pada 26 Februari ini di Masjid Tengku Ampuan, Bukit Jelutong, Shah Alam dibatalkan atas kuasa JAIS.

Dukacita dimaklumkan

https://www.facebook.com/Ustaz.Azhar.Idrus.Original/posts/pfbid0WK54m1DTPC6cw79x99twXvHL5eePuXBhSEaPXyh1iTUJipqDk6Xu5sBp1yPA4xKsl

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mohon maaf kepada rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di negeri anda.
“Kuliah berkenaan akan ditukarkan ke Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan, Kuala Lumpur. Mohon sebaran seluasnya,” tulisnya menerusi sebuah hantaran di laman Facebook, tengah malam tadi.

Sumber: Sinar Harian (Norafiza Jaafar)

Written By Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nama peguam keluarga Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Hamid Ismail mula jadi perhatian umum sejak kebelakangan ini. Bukan sahaja kerana peranan besarnya dalam kes sensasi...

Sosial

Baru-baru ini, sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya dikecohkan dengan kejadian gangguan entiti seram yang tular di media sosial. Rakaman video dan gambar yang dikongsi...

Sosial

Dua minggu lalu, Siti Norshahila Balqis Roslan, 19, melangkah penuh semangat ke Pusat Latihan Polis (PULAPOL) Ayer Hitam, Jempol dengan senyuman dan lambaian terakhir...

Lokal

Seorang lelaki dilaporkan hilang telah ditemukan meninggal dunia di dalam hutan air terjun di Kampung Teluk Sanau, Baling. Memetik laporan Berita Harian, Ketua Balai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd