Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Nahas UPSI: Naib Canselor Jamin Pelajar Cedera Tidak Tercicir Akademik

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) memberi jaminan bahawa pelajar yang terlibat dalam nahas tragis di Gerik minggu lalu akan terus mendapat perhatian dan tidak akan tercicir dalam urusan akademik mereka.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Naib Canselor UPSI, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, pihak universiti kini sedang meneliti kaedah terbaik bagi memastikan proses pembelajaran pelajar yang cedera dapat diteruskan dengan sebaik mungkin, tanpa perlu menangguhkan pengajian.

upsi

Foto: Carian Google

“Pelajar yang tercedera ini ada yang dirawat di hospital dan di rumah. Jadi saya mohon dapat diuruskan dengan baik urusan peperiksaan, tugasan dan akademik mereka agar sebolehnya tiada yang perlu menangguh semester.
“Mereka sedang melalui kesakitan dan keadaan yang sukar namun kita mempunyai sistem pembelajaran yang fleksibel. Kita akan gunakan untuk memastikan mereka ini tidak tertinggal dalam pelajaran,” katanya.

Tambah beliau, kebajikan pelajar sentiasa menjadi keutamaan universiti, lebih-lebih lagi selepas titah Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang menitahkan agar pelajar-pelajar terlibat diberi bantuan sewajarnya.

upsi

Foto: Malaysia Gazette

Baginda bersama Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim turut mencemar duli menziarahi keluarga mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

Artikel lain: Nahas UPSI: Pemandu Bas Mengaku Tak Bersalah Pandu Secara Berbahaya, Melulu

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir juga menitipkan pesanan sama, meminta agar semua mangsa diberi perhatian penuh supaya mereka tidak tertinggal dari segi akademik.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Baginda menitiskan air mata ketika menyampaikan hasrat agar anak-anak ini dibantu. Saya pegang titah itu sebaik mungkin,” ujarnya.

UPSI turut menggerakkan pasukan kaunselor dan sukarelawan universiti bagi memberi sokongan emosi dan psikologi kepada mangsa yang terselamat serta keluarga mereka.

upsi

Foto: Carian Google

Menurut beliau, impak tragedi itu bukan hanya dirasai oleh yang cedera, malah rakan-rakan terdekat kepada mangsa yang terkorban juga turut terkesan.

“Anak-anak ini juga harus diberikan perhatian, bantuan dan sokongan agar jangan nanti ada anak-anak ini yang gagal atau yang digagalkan.
“Begitu juga sokongan kepada rakan-rakan kepada mangsa yang telah meninggal dunia. Bayangkan ketika membuat pembentangan, dari lima nama hanya tiga sahaja yang di dalam kelas.
“Bayangkan pula di dalam bilik, dari empat sahabat hanya tinggal berdua memandang sepi katil yang kosong. Saya mohon semua agar bantu anak-anak ini yang kini dalam keadaan sukar,” jelasnya.

Dalam tragedi yang berlaku pada jam 12.45 tengah malam di Kilometer 53, Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding itu, sebuah bas persiaran yang membawa 42 pelajar UPSI dikatakan hilang kawalan sebelum bertembung dengan sebuah Perodua Alza yang dinaiki empat sekeluarga.

upsi

Kemalangan ngeri itu mengorbankan 15 pelajar UPSI yang terdiri daripada lima lelaki dan 10 perempuan, manakala pemandu dan penumpang MPV terbabit turut cedera.

Difahamkan, bas tersebut dalam perjalanan pulang ke kampus UPSI di Tanjung Malim dari Jertih, Terengganu selepas cuti sambutan Hari Raya Aidiladha.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Utusan Malaysia (Asliza Musa)

Written By Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Nahas kemalangan melibatkan penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) telah mengakibatkan satu kehilangan besar setelah salah seorang daripada 15 mangsa yang terkorban merupakan hafizah...

Lokal

Ibu kepada salah seorang mangsa yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan sebuah bas dan kenderaan pelbagai guna (MPV) di Jalan Gerik-Jeli berhampiran Tasik Banding...

Sosial

Hasrat seorang penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk bertemu sahabat karibnya, Muhammad Adib Hazim Halim yang merupakan mahasiswa Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK)...

Lokal

Kemalangan tragis awal pagi Isnin yang membabitkan sebuah bas persiaran membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bukan sahaja meragut 15 nyawa pelajar, malah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd