Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Budaya Jangan ‘Jaga Tepi Kain Orang’ Jejas Keprihatinan Masyarakat – MP Tumpat

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Mumtaz Md Nawi memaklumkan budaya jangan ‘jaga tepi kain orang’ dilihat semakin melarat menyebabkan rakyat dilihat semakin tidak cakna dan tidak peduli dengan keadaan sekeliling.

MP Tumpat seru rakyat lebih prihatin

MP Tumpat seru rakyat lebih prihatin

Foto; Berita Harian

Memetik laporan MalaysiaGazette, Mumtaz mendakwa hubungan kekeluargaan dan budaya kejiranan dalam masyarakat dilihat semakin rapuh akibat desakan ekonomi dan beban kerjaya.

“Hubungan kekeluargaan dan kejiranan semakin longgar akibat tekanan kerjaya, desakan ekonomi dan kesibukan hidup.
“Lebih membimbangkan, walaupun kita hidup dalam era teknologi komunikasi yang canggih, masyarakat tetap gagal memanfaatkannya untuk membina hubungan yang bermakna,” kata Mumtaz di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Perkara itu dibangkitkan setelah mengulas kerisauan terhadap kes kematian terpinggir tanpa diketahui yang dilihat semakin banyak terjadi sejak kebelakangan ini.

Beliau menggesa kerajaan persekutuan dan negeri serta pihak berkuasa tempatan meneliti semula agenda pembangunan dan kesejahteraan keluarga serta komuniti sebagai komponen utama dalam pembangunan ekonomi dan sosial negara.

MP Tumpat seru rakyat lebih prihatin

Foto; NST

“Agenda “Sayangi Keluarga dan Keluarga Diutamakan” dilihat semakin malap dan hampir pupus dalam masyarakat kita,” ujarnya MP Tumpat itu lagi.

Mumtaz turut menegaskan bahawa pembangunan negara tidak hanya diukur melalui pertumbuhan ekonomi semata-mata tetapi juga dilihat melalui kesejahteraan warga, keharmonian institusi keluarga dan kekuatan jaringan sosial dalam masyarakat.

“Kita memerlukan hala tuju pembangunan yang menyatukan ekonomi, sosial dan kesejahteraan keluarga sebagai teras kemajuan negara yang seimbang,” katanya.

Sehubungan itu, kerajaan digesa untuk memberi penekanan berhubung bajet mesra keluarga dan komuniti dengan dana yang cukup bagi membina kemudahan program dan sistem sokongan yang membantu memperkukuh institusi keluarga serta membina masyarakat yang penyayang dan cakna.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mumtaz juga menyeru agar kerajaan menggalakkan kempen kasih sayang terhadap ibu bapa, adik-beradik dan keluarga menerusi televisyen, media sosial dan semua saluran komunikasi arus perdana.

“Kempen ini perlu dilaksanakan secara berterusan dan kreatif bagi menyuburkan semula budaya menghargai keluarga dan membina rasa tanggungjawab bersama,” cadang Mumtaz.

Bukan itu sahaja, pemimpin kejiranan perlu memainkan peranan penting dalam membina semula jaringan sosial yang kukuh dalam kalangan komuniti.

“Mekanisme sosial yang positif perlu diwujudkan dengan lebih meluas bagi memperkukuh sistem sokongan keluarga dan kejiranan agar tiada siapa yang terpinggir atau terputus hubungan,” tambahnya lagi.
MP Tumpat seru rakyat lebih prihatin

Foto: Sinar Harian

Artikel lain: Polis Sahkan Identiti Tiga Beranak Mereput Pasangan Suami Isteri, Anak

Terdahulu media melaporkan, seorang wanita dan anak perempuannya ditemukan dalam keadaan reput di sebuah unit pangsapuri di Jalan Bukit Gambir yang kemudiannya disahkan sebagai kes mati mengejut (SDR).

Semalam pula dilaporkan, tiga sekeluarga ditemui meninggal dunia di sebuah rumah di Taman Bukit Kristal, Seremban dan siasatan mendapati ketiga-tiga mayat adalah ahli keluarga terdiri daripada seorang lelaki berusia 61 tahun, isterinya 59 tahun dan anak lelaki mereka berusia 30 tahun.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: MalaysiaGazette (Shawaliah Hadir)

Written By Halimey Zamal

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis muda yang juga pelajar Ijazah Sarjana Muda Penulisan Kreatif di ASWARA, Naim AlKalantani menegur sikap segelintir warganet yang keterlaluan menekan Menteri Pendidikan, Fadhlina...

Sosial

Seorang pramugari Malaysia Airlines (MAS), Zuhaimi Hashim, 60, menjadi perhatian netizen selepas video detik persaraannya selepas 40 tahun berkhidmat tular di TikTok. Pramugari MAS...

Nasional

Jabatan Peguam Negara (AGC) memutuskan agar inkues dijalankan selepas meneliti laporan siasatan yang telah dikemukakan oleh Polis Diraja Malaysia berhubung kes kematian Zara Qairina,...

Sosial

Seorang pengguna laman Threads menarik perhatian ramai apabila memuat naik satu tangkap layar perbualan antara anak gadisnya dan rakan di aplikasi WhatsApp. Wajah anak...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd