Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tuduhan Terhadap Anwar Tidak Adil, Malaysia Hanya Pemudah Cara – PM Thailand

Perdana Menteri Thailand, Anutin Charnvirakul menegaskan dakwaan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan Malaysia campur tangan urusan negara jiran adalah tidak adil sama sekali.

Menurut laporan Berita Harian, Anutin memberitahu perkara tersebut menerusi panggilan telefon bersama Anwar, awal pagi semalam.

Tuduhan terhadap Anwar tidak adil

Tuduhan terhadap Anwar tidak adil

“Beliau menghubungi saya pada waktu pagi untuk memberi jaminan bahawa… anda tahu… apa yang didakwa (oleh kumpulan Thailand) itu tidak benar.”
“Beliau bersikap baik. Beliau berpendapat kritikan itu tidak adil. Beliau berkata, ‘Anwar, selagi kita tahu peranan anda… anda memudahkan ini (perdamaian Thailand dan Kemboja)’.” dedah Anwar.

Anwar memaklumkan kepada media mengenai panggilan telefon antara beliau dan Anutin ketika dalam penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada penghujung lawatan tiga negaranya di Afrika, malam tadi.

Anwar yang juga merupakan Menteri Kewangan berkata, apa yang lebih mengejutkannya bukanlah kritikan itu sendiri, tetapi reaksi melampau segelintir rakyat Malaysia terhadap isu berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Malaysia Nak Durian Jadi Buah Kebangsaan, Menteri Indonesia Dakwa Mereka Lebih Layak

Tuduhan terhadap Anwar tidak adil

“Apa yang lebih mengejutkan saya ialah ada sebahagian rakyat Malaysia yang terlalu teruja bahawa kita dikritik di Thailand… untuk apa?”
“Ini bukan mengenai Anwar… terdapat ramai pihak lain yang terbabit (untuk membantu menamatkan konflik sempadan Thailand-Kemboja).”
“Pengkritik nampaknya beranggapan bahawa ia hanya peranan seorang individu… itu tidak benar,” tambah beliau, sambil menyatakan beliau menantikan pertemuan dengan Anutin hari ini sebelum berlepas ke Sabah.

Terdahulu, Anwar menegaskan Malaysia tidak pernah campur tangan dalam ketegangan diplomatik yang berlaku antara Thailand dan Kemboja, sebaliknya hanya memainkan peranan sebagai pemudah cara dialog demi mencari penyelesaian terbaik.

Sumber: Berita Harian (Sharanjit Singh)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Nasional

Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks naik kepada 135.7 berbanding 133.6 pada bulan sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan...

Sukan

Barcelona mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pemakanan khas bagi pemain muda mereka, Lamine Yamal, supaya beliau dapat menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan tanpa...

Lokal

Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd