Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Dakwa Terlalu Rapat Dengan China, Trump Desak CEO Intel Kelahiran Malaysia Letak Jawatan

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menggesa Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat teknologi gergasi Intel, Lip-Bu Tan, agar meletakkan jawatan serta-merta susulan dakwaan berhubung hubungan rapat beliau dengan China.

CEO Intel rapat dengan China

Menurut laporan Harian Metro, Gesaan itu timbul selepas Senator Republikan, Tom Cotton, mendakwa Tan, 65, yang sebelum ini menerajui syarikat pembangunan cip Cadence, telah terlibat dalam penjualan produk kepada sebuah universiti tentera di China secara tidak sah.

intel

Foto: Harian Metro

Tan didakwa menyalurkan teknologi kepada sebuah syarikat berpengkalan di negara itu.

Selain itu, laporan turut mendakwa Tan mengawal puluhan syarikat di China, sekali gus menimbulkan kebimbangan berhubung konflik kepentingan dalam kepimpinannya di Intel.

Cotton memberikan tempoh kepada lembaga pengarah Intel untuk memberikan penjelasan menjelang pertegahan Ogos.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Trump Kenakan Tarif 19 Peratus Terhadap Malaysia

Trump menerusi platform Truth Social menyatakan sokongannya terhadap desakan tersebut, menyebut bahawa Tan mempunyai konflik kepentingan yang serius dan meti meletakkan jawatan serta-merta.

“Tiada penyelesaian lain bagi masalah ini,” tulis Trump.

Tan yang juga kelahiran Malaysia dilantik sebagai CEO Intel pada Mac lalu selepas pencarian panjang untuk mengisi jawatan itu.

Beliau mewarisi tanggungjawab ketika syarikat sedang berdepan pelbagai cabaran, termasuk persaingan sengit dalam industri semikonduktor dan gangguan pasaran akibat sekatan perdagangan serta tarif dikenakan oleh Rumah Putih.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Intel, yang pernah menguasai industri cip global, kini bergelut untuk mengejar pesaing seperti Qualcomm, TSMC, dan Nvidia.

Usaha mereka untuk mendominasi pasaran cip mudah alih sebelum ini gagal apabila teknologi pesaing yang lebih efisien dari segi tenaga lebih mendapat sambutan di kalangan pengeluar telefon pintar.

intel

Foto: cnn.com

Hari ini, Intel semakin dibayangi oleh Nvidia dalam sektor cip untuk kecerdasan buatan (AI), sementara TSMC dan Samsung telah menguasai pasaran semikonduktor global melalui perkhidmatan pembuatan cip mengikut tempahan.

Ketika mengambil alih jawatan CEO, Tan sendiri mengakui bahawa tugas membangunkan semula Intel tidak akan mudah.

Beliau juga mengumumkan beberapa langkah penyusunan semula termasuk pemberhentian pekerja dalam usaha mengimbangi kedudukan syarikat yang terjejas oleh tekanan geopolitik dan kelembapan inovasi dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Nasional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Ketua...

Nasional

Malaysia Airlines mengesahkan dua penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Timur Tengah terpaksa berpatah balik dan dilencongkan susulan peningkatan risiko ruang udara. Syarikat penerbangan itu...

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd