Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Trump Cipta Rekod, Bekas Presiden Pertama Amerika Syarikat Bergelar Penjenayah

Donald Trump bergelar bekas presiden Amerika Syarikat (AS) pertama yang disabitkan dengan jenayah selepas juri New York mendapati beliau bersalah atas kesemua 34 pertuduhan.

Memetik laporan Reuters, juri mendapati Trump bersalah dalam setiap 34 pertuduhan termasuk memalsukan rekod perniagaan untuk menyembunyikan bayaran yang bertujuan untuk menutup mulut bintang lucah, Stormy Daniels, menjelang pemilihan presiden pada tahun 2016.

Namun begitu, dia dikatakan masih boleh bertanding dalam pemilihan Presiden AS yang akan berlangsung pada November ini, sekali gus menyaksikannya berpeluang untuk kembali semula ke Rumah Putih.

Foto: NBC News

Advertisement. Scroll to continue reading.

Secara teori, beliau boleh dihukum penjara empat tahun bagi setiap pertuduhan tetapi lebih berkemungkinan tidak akan dipenjarakan, sebaliknya hanya dikenakan syarat berkelakuan baik.

Dalam pada itu, pemimpin Republikan berusia 77 tahun itu, yang dibebaskan tanpa ikat jamin, kini menjadi penjenayah yang merupakan suatu sejarah mengejut bagi negara, dimana presiden sering digambarkan sebagai orang paling berkuasa di dunia.

Penghukuman Trump bagaimanapun tidak menghalangnya daripada meneruskan perjuangannya untuk menggulingkan Presiden AS, Joe Biden, pada 5 November ini, meskipun beliau dipenjarakan.

Foto: Reuters

Trump kekal dengan semangat juangnya dan membidas keputusan mahkamah yang tidak memihak kepadanya serta berikrar kepada wartawan bahawa ‘keputusan sebenar akan datang daripada pengundi’.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Walaupun begitu, selepas perbincangan selama dua hari, 12 juri memutuskan Trump bersalah atas semua 34 pertuduhan ke atasnya, dengan memenuhi syarat keputusan sebulat suara yang diperlukan bagi mana-mana kes.

Sementara itu, jurucakap pejabat Penasihat Rumah Putih, Ian Sams, berkata pihaknya menghormati kedaulatan undang-undang dan tidak berhasrat mengulas mengenainnya.

Sumber: Reuters

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Spotlight

Penyanyi rap wanita sensasi global, Cardi B, tidak dapat membayangkan andai dirinya dilahirkan sebagai seorang Muslim, terutama berdepan dugaan menahan lapar dan dahaga sepanjang...

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Lokal

Nurul Aina Solehah Zainuddin, 12, membuktikan bahawa kekurangan penglihatan bukan penghalang apabila berjaya meraih keputusan cemerlang 9A dalam Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardhu...

Lokal

Empat suspek yang ditahan polis kerana disyaki terlibat dalam kes curi tabung di Masjid Kristal, Seksyen 7, Shah Alam mempunyai rekod jenayah dan dadah....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd