Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

KPDN Sahkan Tiada Isu Kekurangan Isi Padu RON95 Ketika Operasi Pemeriksaan

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mengesahkan tiada sebarang kesalahan yang membabitkan kuantiti (isi padu) minyak petrol RON95 di bawah ralat maksimum yang dibenarkan, dan semua pengusaha stesen minyak mematuhi standard pengukuran yang ditetapkan.

Menurut laporan Bernama, pemeriksaan dijalankan susulan aduan pengguna yang mendakwa kuantiti petrol yang diterima kurang daripada jumlah sepatutnya selepas pelaksanaan Program BUDI MADANI RON95.

Ketua Pengarah Penguat Kuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, KPDN telah membuat pemeriksaan rawak terhadap 2,282 dispenser RON95 di 584 stesen minyak pelbagai jenama, termasuk Stesen Minyak Utama, Stesen Minyak Mini, dan Stesen Minyak Mini Tanpa Jenama, bermula 3 hingga 9 November lalu.

Tiada isu kekurangan isi padu RON95

Tiada isu kekurangan isi padu RON95

“Pemeriksaan bertujuan memastikan semua pam dispenser telah menjalani proses penentusahan (verification) dan tempohnya masih sah, memastikan ketepatan fungsi pam dispenser berada dalam ralat yang dibenarkan serta mengesan sebarang unsur manipulasi atau ketidakpatuhan teknikal oleh pengusaha stesen minyak.
“Sepanjang operasi dijalankan, tiada kesalahan yang melibatkan kuantiti (isipadu) minyak RON95 di bawah ralat maksimum yang dibenarkan dikesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Azman berkata, KPDN komited memastikan ketepatan sukatan petrol RON95 sentiasa terjamin agar tidak menjejaskan pengguna.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata, pemeriksaan berkala akan diteruskan dari semasa ke semasa, dan tindakan tegas boleh diambil sekiranya terdapat unsur manipulasi atau ketidakpatuhan mengikut peruntukan undang-undang.

Artikel lain: MINDEF Gerakkan Strategi WoGoS Di Pulau Banggi, Perkukuh Keselamatan Dan Pembangunan Komuniti

Tiada isu kekurangan isi padu RON95

Mana-mana individu yang didapati bersalah mengurangkan kuantiti kepada pengguna boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 16 Akta Timbang dan Sukat 1972, yang memperuntukkan denda maksimum RM4,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali, serta pelucutan hak ke atas alat timbang atau sukatan.

Beliau menegaskan perlindungan pengguna dan keadilan dalam urus niaga sentiasa menjadi keutamaan KPDN. Pengguna yang mempunyai maklumat atau aduan boleh menyalurkannya melalui WhatsApp di 019-8488000 / 019-2794317, portal [email protected] atau pusat panggilan di talian 1-800-886-800.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melaksanakan operasi penguatkuasaan dikenali sebagai Operasi Penguatkuasaan Hutan Bersepadu (Ops Risi) di Hutan Simpan Kapar Tambahan, Kuala Selangor bagi...

Nasional

Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks naik kepada 135.7 berbanding 133.6 pada bulan sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan...

Sukan

Barcelona mengambil langkah proaktif dengan menyediakan pelan pemakanan khas bagi pemain muda mereka, Lamine Yamal, supaya beliau dapat menunaikan ibadah puasa sepanjang Ramadan tanpa...

Lokal

Polis sedang mengesan 36 individu termasuk Jamil Awang, Ahmad Nazzer Abd Wahab dan Muhammad Afiq Safine bagi membantu siasatan pelbagai kes jenayah serius di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd