Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Terima Sambutan Luar Biasa, Jangan Pandang Belakang 2 Bakal Ditayangkan Di 14 Negara

Metrowealth International Group (MIG) mengumumkan filem Jangan Pandang Belakang 2: Aku Tahu Asal Usulmu (JPB2) terbitan syarikat itu mencatat rekod sendiri apabila ia bakal ditayangkan di 14 negara.

Memetik laporan Malaysiakini, Pengasas dan CEO MIG David Teo berkata dia sendiri tidak menyangka sekuel kepada filem yang mencetuskan fenomena 17 tahun lalu iaitu Jangan Pandang Belakang (JPB) mendapat sambutan luar jangkaan daripada pengedar antarabangsa.

Jangan Pandang Belakang 2 bakal ditayangkan di 14 negara

Jangan Pandang Belakang 2 Bakal Ditayangkan Di 14 Negara

Foto: Malaysiakini

“Ini satu kejutan luar biasa yang ingin saya umumkan dalam industri hari ini. Pengedar antarabangsa berminat nak edar filem kita. Ini bermaksud filem tempatan mula jelajah dunia luar, inilah realiti dan bukan cakap-cakap saja.
“Ada negara yang tidak pernah tayangkan filem Melayu dan mereka lihat terdapat keunikan pada kisah seram yang kita hasilkan,” katanya.

David berkata demikian ketika ditemui di majlis pengumuman tayangan global JPB2 di ibu pejabat MIG di Petaling Jaya pada Rabu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jangan Pandang Belakang 2 Bakal Ditayangkan Di 14 NegaraKatanya, selain Malaysia, negara lain yang berada dalam senarai tayangan adalah Singapura, Indonesia, Brunei, Australia, Vietnam, Laos, Filipina, Thailand, Kemboja, Turkiye, New Zealand, Rusia dan Myanmar.

Pada masa yang sama, David berkata sebelum ini JPB hanya ditayangkan di enam buah negara iaitu Singapura, Indonesia, Brunei, Filipina, Thailand dan Malaysia.

Artikel lain: Duo Komedi Popular, JOZAN Kembali Dengan ‘Baik Punya Ah-Long’

“Dulu JPB tidak berjaya dengan kutipan di luar negara. Mungkin ketika itu saya tersalah cari pengedar. Jadi, kali ini diharap kutipan JPB2 lebih memberangsangkan,” ujarnya.

Dalam pada itu, selepas lama menhilangkan industri, pelakon Pierra Andre kembali muncul dengan JPB2 yang asalnya diarahkan Ahmad Idham.

Jangan Pandang Belakang 2 Bakal Ditayangkan Di 14 Negara

Foto: Bro Framestone

Advertisement. Scroll to continue reading.

Filem JPB2 ditulis dan diarahkan oleh Pierre dan dibintangi barisan pelakon, antaranya Emma Maembong, Khatijah Tan, Mawar Rashid dan Iedil Dzuhrie Alaudin.

JPB2 bakal menemui penonton di pawagam tempatan pada 21 Novemner ini manakala tayangan di negara luar rantau Asia dijadualkan seminggu atau sebulan kemudian.

Sementara itu, David memaklumkan dia yakin karya itu tidak mempunyai halangan untuk mencapai sasaran kutipan dan dia menyasarkan angka sebanyak RM30 juta untuk keseluruhan negara.

“Filem pertama (2007) mencecah kutipan RM7.4 juta. Waktu itu harga tiket hanya sekitar RM6 hingga RM8. Sekarang harga tiket kira-kira RM20. Jadi saya yakin JPB2 mampu sampai kutipan yang disasarkan,”  katanya.

Sumber: Malaysiakini (Nadia Azam)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Anis Rabiatul
Written By Anis Rabiatul

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Lima individu, termasuk sepasang suami isteri dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 58.1, Lebuhraya PLUS...

Sukan

Pemain beregu lelaki profesional negara, Ong Yew Sin umum bertunang dengan bekas pemain perseorangan wanita Jepun, Aya Ohori, pada Rabu. Berita gembira itu dikongsikan...

Sosial

Dek penangan kuasa viral, biskut raya air tangan penghuni penjara di Galeri Produk My Pride, Kompleks Penjara Kajang telah mendapat sambutan luar biasa sejak...

Lokal

Pemergian Prebet Muhammad Muqriz Aseri, yang meninggal dunia pada Isnin lalu meninggalkan kesan mendalam kepada keluarganya. Menurut laporan Bernama, ibu Allahyarham, Nor Azlina Zambri,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd