Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Tarikh 1 Syawal, Mohon Jangan Buat Spekulasi Hanya Rujuk Yang Rasmi

Umat Islam di Malaysia diingatkan untuk hanya merujuk kepada sumber rasmi termasuklah saluran televisyen tempatan bagi pengumuman 1 Syawal dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Menurut Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil, rakyat jangan mudah terpedaya dan percaya dengan sebaran pengumuman mengenai tarikh tersebut di media sosial.

“Yang penting, rujuk yang rasmi, tak pasti, jangan kongsi, itu peringatan saya kepada semua.”

Percaya sumber rasmi negara je…

Tambahnya yang ketika berucap di Majlis Anugerah Usahawan Gempak 2023 itu, pengumuman yang hanya boleh dipercayai hanyalah daripada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau juga berkata masyarakat di negara ini jangan mudah terpengaruh dengan tarikh yang diumumkan Indonesia, Emiriah Arab Bersatu di TikTok mahupun Whatsapp.

Sumber: Harian Metro 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Written By Yana Lim

Bismillah, may Allah ease everything

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Permulaan tahun 2026 dilihat kurang baik bagi usahawan terkenal, Ojen Aiwah apabila sedang mempertimbangkan tindakan undang-undang terhadap jurulatih kecergasan, Tareq Fit susulan kenyataan yang...

Sosial

Personaliti media sosial, Tareq Fit, tampil mempertahankan dirinya selepas timbul dakwaan bahawa kenyataan serta kandungan dimuat naik olehnya menjejaskan nama baik sebuah perniagaan milik...

Lokal

Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Rebak di sini menyaksikan hanya seorang murid mendaftar bagi sesi Tahun 1 tahun 2026 semalam. Raissyah Aafiyah Rahmat, 7, memulakan...

Sosial

Isteri kepada pemilik sebuah stesen minyak di Kota Bharu, Kelantan meluahkan rasa pilu apabila terpaksa menutup operasi premis berkenaan susulan pemergian suaminya pada 7...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd