Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Suspek Kes Tikam Di Sekolah Sempat Bisik “Awak Tunggu Nanti Apa Jadi” Kepada Rakan

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut ditikam pelajar tingkatan dua berusia 14 tahun kira-kira 9.10 pagi tadi.

Suspek kes tikam bawa pisau ada kesan darah ke kelas

Memetik laporan daripada Harian Metro, beberapa rakan saksi menceritakan detik mencemaskan itu apabila suspek dilihat masuk ke kelas sambil memegang senjata tajam dengan baju dan tangan berlumuran darah.

“Saya berdebar dan takut apabila pelajar lelaki itu masuk ke kelas kami dengan memegang senjata, malah tangan dan bajunya ada kesan merah dipercayai darah,” kata seorang pelajar lelaki yang masih trauma dengan kejadian tersebut.

kes tikam

Suspek kes tikam sempat bisik sesuatu kepada rakan

Pelajar itu memberitahu, suspek hanya berdiam diri tanpa mengancam sesiapa sebelum keluar semula dari kelas.

Menurut seorang lagi pelajar, suspek sempat berbisik kepada rakannya sebelum kejadian dengan berkata “you see later, what happen” atau “awak tunggu nanti apa jadi.”

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Kami sedang berkumpul sebelum masuk kelas, dan saya terdengar dia berbisik begitu kepada rakannya.
“Kebetulan saya berada di belakang dia ketika itu, tapi saya tak kenal atau berkawan dengan dia. Kami juga ada nampak pelajar itu ada bawa senjata,” katanya.

Dengar jeritan pelajar perempuan di tandas

Sementara itu, seorang pelajar lain mendakwa terdengar jeritan mangsa dari arah tandas perempuan di aras bawah sebelum melihat seorang pelajar lelaki berlari ke lokasi kejadian, dipercayai untuk membantu.

“Saya lihat ada budak lelaki berlari seperti mahu turun ke bawah (dipercayai untuk membantu).
“Sebelum itu juga saya ada nampak budak lelaki (dipercayai suspek) memegang senjata tajam,” katanya.

Artikel lain: Suspek Tikam Pelajar Perempuan Ditahan, Polis Rampas Dua Senjata Tajam

Kejadian itu kini dalam siasatan pihak berkuasa, dan suspek telah ditahan untuk membantu siasatan.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia turut menghantar pasukan kaunselor dan Guru Bimbingan bagi memberi sokongan emosi kepada pelajar serta warga sekolah yang terkesan dengan insiden menyedihkan itu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Noor Hidayah Tanzizi)

Siti Hajar
Written By Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang lelaki berusia 26 tahun yang menyamar sebagai penghantar barang maut selepas bergelut dengan polis ketika cuba ditahan di sebuah kondominium di Wangsa Maju,...

Sosial

Salah seorang aktivis misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla, Zainal Rashid Ahmad atau lebih dikenali sebagai ZRA memilih untuk pulang ke rumahnya secara senyap tanpa...

Lokal

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mengalami trauma dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior di sekolahnya. Kejadian...

Lokal

Anak kepada dua delegasi Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan Freedom Flotilla Coalition (FFC) dan Thousand Madleens to Gaza (TMTG), Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd