Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

STPM 2024 Lakar Sejarah, Catat PNGK Nasional Paling Tinggi Sejak Dilaksanakan

STPM 2024 catat PNGK paling tinggi dalam sejarah

Keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2024 melakar sejarah apabila mencatatkan peningkatan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) Nasional kepada 2.85 berbanding 2.84 tahun sebelumnya.

STPM 2024 catat PNGK paling tinggi dalam sejarah

STPM 2024 catat PNGK paling tinggi dalam sejarah

Foto: Berita Harian

Memetik laporan Kosmo, Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM), Prof. Datuk Dr. Md Amin Md Taff, memaklumkan keputusan itu menunjukkan peningkatan sebanyak 0.01 mata PNGK Nasional menjadikan ia nilai tertinggi sejak peperiksaan itu dijalankan.

“Seramai 1,266 calon atau 3.06 peratus calon telah mendapat PNGK 4.00. Bilangan calon ini telah meningkat seramai 150 calon berbanding tahun 2023.
“Dari segi pencapaian PNGK calon, secara keseluruhannya didapati bilangan longgokan dan peratusan longgokan calon STPM 2024 pada PNGK 3.75, PNGK 3.00, PNGK 2.75, dan PNGK 2.00 telah meningkat berbanding tahun 2023,” kata Amin pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM Tahun 2024 di MPM, hari ini.

Beliau menjelaskan peningkatan seramai 53 calon mendapat 5A dalam kelima-lima mata pelajaran yang diambil berbanding 41 calon pada peperiksaan STPM2023 yang lalu.

“Bilangan calon yang mendapat 4A juga katanya, telah meningkat daripada 1,087 calon pada tahun 2023 kepada 1,228 calon,” ucapnya.
STPM 2024 catat PNGK paling tinggi dalam sejarah

Foto: Astro Awani

Amin juga memberitahu sebanyak 99.97 peratus atau 41,422 calon layak menerima Sijil STPM 2024 menandakan semua 23 mata pelajaran yang ditawarkan dalam peperiksaan STPM 2024 telah mencatatkan peratusan lulus penuh melebihi 60 peratus, iaitu gred C dan ke atas.

“Empat mata pelajaran telah menunjukkan peningkatan melebihi 3 peratus dari segi prestasi lulus penuh berbanding dengan prestasi pada tahun 2023, iaitu mata pelajaran Ekonomi, Kimia, Matematik (M), dan Perakaunan, manakala tiada mata pelajaran yang menunjukkan penurunan melebihi negatif 3 peratus.
“19 mata pelajaran STPM lain tidak berubah prestasinya kerana beza peratusan calon yang lulus penuh antara tahun 2024 dengan 2023 adalah kurang daripada 3 peratus,” tambahnya lagi.

Artikel lain: STPM Setanding Program Antarabangsa, Wajar Jadi Pilihan Lepasan SPM – Fadhlina

Untuk info, keputusan STPM 2024 dikeluarkan hari ini bermula jam 11.30 pagi melalui platform dalam talian di pautan http://stpm.mpm.edu.my/stpmK atau melalui sistem pesanan ringkas (SMS).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kosmo (Marlia Zakaria)

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh media sosial, Aqil Zulkiflee, tampil menjelaskan hubungannya bersama isteri selepas video siaran langsung TikTok yang memaparkan beliau menyakat isterinya tular di media sosial....

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Sosial

Kos liang lahad bagi lima mangsa yang terkorban dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Dong, awal pagi Khamis akan ditanggung menggunakan dana...

Nasional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Ketua...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd