Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Steven Sim Jadi ‘Duta’ Kurma Palestin, Dicabar Berpuasa Oleh Timbalan Menteri

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong mengedarkan kurma Palestin kepada kakitangan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sempena meraikan kedatangan Ramadan.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid0ivtFTrHx5KXvX87SHxYBJKmfnDNo3NkRxXeVyYGnQR8iUsBhvDvf5PVyBvtE4QJZl&id=100064677642888

Steven Sim berkata, sudah menjadi amalannya menyantuni rakan-rakan Muslim dengan kurma Palestin tatkala Ramadan walaupun bukan seagama.

“Justeru, tahun ini, saya kirimkan juga sedikit buah tangan produk hasil bumi Palestin ini bagi mengiring ibadat Ramadan buat warga KESUMA yang saya kasihi,” tulisnya dalam satu nota ringkas buat kakitangan KESUMA.

Sementara itu, menerusi dua hantaran di Facebook, Steven Sim dilihat mengambil peluang menghulurkan beberapa kotak kurma Palestin sambil beramah mesra bersama kakitangan di bawah kementerian tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Bulan lepas kita hantar limau mandarin, bulan ini saya kirimkan kurma dari Palestin untuk bulan Ramadan ini,” katanya pada Selasa.

Untuk makluman, Pasar Palestin yang telah beroperasi sejak 2019 menjadi destinasi utama untuk produk Palestin dan Turki seperti kurma, hacizade, nablus, minyak zaitun, gida, manisan dan sebagainya.

Pasar Palestin telah menjalinkan kerjasama bersama petani dan pengeluar di seluruh Palestin dan Turki bagi memastikan bekalan dan kawalan kualiti yang konsisten.

Syarikat ini juga bekerjasama dengan peniagaan tempatan antaranya Grand Hyatt, Mydin, Haniffa, Aeon Big, Saudagar Kurma dan Ajees Kurma untuk mengeksport barangan tempatan dan perkhidmatan ke pasaran global.

Selain itu, Steven Sim turut memuat naik satu video di akaun TikTok miliknya memaparkan beliau dicabar Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Abdul Rahman untuk berpuasa.

Advertisement. Scroll to continue reading.
@stevensimck

Kali ini berpantun dengan Timbalan saya Dato’ Sri @Rahman Mohamad di KESUMA. Selamat berpuasa kepada seluruh umat Islam 🌙 #jalanteruih #bukitmertajam #kementeriansumbermanusia #BerdiriBersamaPekerja #kerajaanmadani #stevensim #perpaduan #ksm #fypviral #fypシ #foryou #pmx #kesuma #hrdcorp

♬ original sound – Maher Zain FP 🇲🇨 – Part of MZ Indonesia

Beliau kemudian menyahut cabaran tersebut sehingga mengundang pelbagai reaksi positif dalam kalangan netizen di ruangan pada komen video berkenaan

Mantap YB!

Steady YB sahut cabaran berpuasa

Pantun tu yang best dengar!

Terdahulu, Sim yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Menteri Kewangan dilantik sebagai Menteri Sumber Manusia susulan rombakan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Disember lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook KESUMA, TikTok Steven Sim

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Nasional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Ketua...

Nasional

Malaysia Airlines mengesahkan dua penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Timur Tengah terpaksa berpatah balik dan dilencongkan susulan peningkatan risiko ruang udara. Syarikat penerbangan itu...

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd