Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Sistem Maklumat Biodiversiti Malaysia Diiktiraf Terbaik Empat Kali Berturut-Turut

Pangkalan Data Biodiversiti Malaysia, melalui Sistem Maklumat Biodiversiti Malaysia (MyBIS), telah menerima Anugerah Emas sebagai Mekanisme Pusat Maklumat Kebangsaan (CHM) terbaik di Persidangan Parti-parti ke-16 Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD COP16) di Cali, Colombia pada 31 Oktober lalu.

Anugerah tersebut menjadi bukti pencapaian empat kali berturut-turut untuk Malaysia di COP CBD, termasuk COP13, COP14, dan COP15 dan kini COP16.

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad, telah mewakili negara untuk menerima anugerah tersebut daripada Setiausaha Eksekutif CBD, Astrid Schomaker.

“Menerusi anugerah CHM, ia adalah pengiktirafan daripada CBD kepada negara-negara anggota yang menunjukkan pencapaian paling signifikan dalam membangunkan CHM di peringkat nasional,” menurut NRES dalam kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, beliau turut menyeru supaya MyBIS dimanfaatkan sepenuhnya dalam mengukuhkan usaha memulihara biodiversiti negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, MyBIS adalah CHM yang dibangunkan sebagai pangkalan data biodiversiti kebangsaan sejak tahun 2016.

Sehingga kini MyBIS yang boleh diakses di laman sesawang www.mybis.gov.my mengandungi lebih daripada 1.2 juta rekod data merangkumi profil spesies, rekod spesimen, toksinologi, kawasan perlindungan, direktori pakar, bahan rujukan dan penerbitan.

Written By

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pihak pengurusan Masjid At-Taqwa TTDI tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan dakwaan insiden layanan kasar terhadap jemaah yang tular baru-baru ini. Masjid At-Taqwa...

Nasional

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) umum dividen 6.15 peratus untuk kedua-dua Simpanan Konvensional dan Simpanan Syariah bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025. Ketua...

Nasional

Malaysia Airlines mengesahkan dua penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Timur Tengah terpaksa berpatah balik dan dilencongkan susulan peningkatan risiko ruang udara. Syarikat penerbangan itu...

Dunia

Penutupan ruang udara di beberapa bahagian Asia Barat dijangka menjejaskan sebahagian perkhidmatan penerbangan antarabangsa, termasuk kemungkinan kelewatan, perubahan jadual, lencongan laluan dan pembatalan penerbangan....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd