Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Enam Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Dilencongkan Sempena Sidang Kemuncak ASEAN

Sebanyak enam lebuh raya dan 25 jalan utama di sekitar Lembah Klang akan dilencongkan secara berperingkat bersempena dengan Sidang Kemuncak ASEAN ke- 47 yang dijadualkan berlangsung dari 26 hingga 28 Okt ini.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata laluan berkenaan termasuk Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuhraya GUTHRIE, Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya MEX dan Lebuhraya KL-Seremban.

Sidang Kemuncak ASEAN

Sidang Kemuncak ASEAN

Jalan lain yang terlibat ialah Lebuh Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lingkaran Putrajaya, dan beberapa jalan utama di pusat bandar termasuk Jalan Istana, Jalan Damansara, Jalan Tun Abdul Razak, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang, Jalan Parlimen dan Jalan Kuching.

Beliau berkata sebanyak 1,1ll pegawai dan anggota trafik akan ditugaskan sepanjang tempoh persidangan berlangsung bagi memastikan kelancaran pergerakan delegasi serta orang kenamaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Penugasan JSPT bermula dari 17 hingga 29 Okt, melibatkan kawalan lalu lintas, pengiringan kenderaan orang kenamaan serta penguatkuasaan undang-undang jalan raya sepanjang tempoh persidangan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurut Mohd Yusri, raptai pergerakan motosikal pengiring pula akan dijalankan bermula esok hingga 24 Okt melibatkan laluan dari Kompleks Bunga Raya, KLIA dan Pangkalan Udara TUDM Subang ke hotel-hotel penginapan di sekitar Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dan Seri Negara.

Artikel lain: MINDEF Teraju Mesyuarat ADSOM 2025, Angkat 10 Inisiatif Baharu Pertahanan ASEAN

Sidang Kemuncak ASEAN

Beliau turut menasihati orang awam untuk mengelak laluan yang terlibat dengan lencongan dan penguraian trafik serta menggunakan pengangkutan awam seperti MRT, LRT, monorel atau bas sepanjang tempoh persidangan.

“Bagi petugas media, petugas kesihatan dan mereka yang menjalankan tugas rasmi, kemudahan melalui jalan raya yang dilencongkan akan diberi dan perlu menunjukkan pas rasmi masing-masing, namun jika kedatangan orang kenamaan terlalu hampir, anggota trafik tidak akan benarkan,” katanya.

Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan sidang berkaitan yang akan berlangsung dari 26 hingga 28 Okt ini merupakan kemuncak kepada Kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025 yang membawa tema “Keterangkuman dan Kemampanan”.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Perdana Menteri China Li Qiang, Presiden Brazil Luiz Inacio Lula da Silva dan Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa antara pemimpin dunia yang dijangka hadir ke sidang kemuncak itu.

Sumber: Bernama

Nur Ain
Written By Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga mengalami trauma dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar senior di sekolahnya. Kejadian...

Lokal

Seorang pelajar perempuan yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditemui meninggal dunia di kediaman keluarganya di Jelebu, Seremban kelmarin. Calon SPM ditemui...

Dunia

Beberapa aktivis Malaysia yang menyertai misi Freedom Flotilla Coalition dan Thousand Madleens to Gaza (FFC x TMTG) dilaporkan telah dikasari dan mengalami penderaan fizikal...

Lokal

Kes tikam yang berlaku di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama pagi tadi mengejutkan banyak pihak apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun maut...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd